Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lapan tan.
Kemalangan berlaku di kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Bandar Chukai, di sini kira-kira jam 5.40 petang Khamis.
Insiden itu menyebabkan mangsa, Muhammad Baihaqi Adam Mahadi, 16, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego bersama seorang rakan dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Chukai menuju ke kediamannya di Binjai.
Sejurus di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong lori terbabit di laluan sebelah kiri jalan menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terjatuh.
Pada masa yang sama lori terbabit hendak membelok masuk ke satu simpang di sebelah kanan terus menggilis mangsa yang berada di bawah tayar sebelah kiri lori terbabit.
Bagaimanapun, pembonceng motosikal itu Wan Muhammad Firdaus Wan Mohd Taib, 16, hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan laporan.
Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai, Kemaman itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mohd Said turut mengingatkan orang ramai khususnya ibu bapa agar tidak membenarkan anak mereka yang tidak mempunyai lesen untuk menunggang motosikal.
Menurutnya kemalangan melibatkan pelajar sekolah di daerah Kemaman dilihat meningkat selepas tamatnya Ops Selamat 15 sempena musim perayaan baru-baru ini.
Sharom Abu Bakar
Thu Jun 20 2019
Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai, Kemaman itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat. - Foto Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Empat buah rumah kedai di Kemaman musnah dalam kebakaran
Dalam kejadian kira - kira jam 2.30 petang itu telah memusnahkan kedai pakaian terpakai, kedai peralatan pembinaan, restoran serta kedai sejuk beku.
Pelajar tingkatan empat maut terbabit kemalangan dengan lori 8 tan
Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lapan tan.