Seorang pelajar tingkatan empat ditemui lemas dalam parit selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di Ladang Tualang Tumbuh, dekat sini, pada Isnin.
Mangsa, Muhammad Adib Muhammad Sham, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar dikatakan turun ke tebing parit untuk membasuh dan mencuci luka tetapi dipercayai hilang imbangan dan terjatuh ke dalam parit lalu lemas.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat pelajar itu dari orang awam pada jam 11.57 malam Isnin.
Menurutnya, berdasarkan hasil siasatan, mayat disyaki telah meninggal dunia kira-kira enam jam sebelum laporan polis dibuat dan dijumpai dalam keadaan tertiarap dalam air.
“Selepas dibawa naik ke darat, pemeriksaan luaran mendapati mangsa ada mengalami kecederaan luka di dahi kiri (berlubang) dan luka di tangan kanan dan kiri serta calar di lengan kirinya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh merumuskan, punca kematian mangsa adalah berpunca dari lemas dan terdapat banyak kandungan air dalam paru-paru mangsa.
Jelas Barudin, pakar bedah siasat juga menyatakan bahawa kecederaan di dahi dan juga luka pada lengan kiri mangsa yang berpunca daripada impak kemalangan motosikal, bukan penyebab kematian mangsa.
“Pakar juga berpendapat bahawa mangsa masih lagi bernyawa dan masih mampu bangun untuk mengangkat dan menongkat motosikalnya sebelum turun ke tebing dan hilang imbangan lalu tergelincir dan jatuh tersembam muka ke dalam air,” ujarnya.
Barudin berkata, sebelum itu, motosikal mangsa dipercayai terbabas sendiri dan mangsa terseret kira-kira 50 meter di jalan yang tidak rata dan berbatu.
Menurutnya, mangsa dikatakan keluar rumah di Felcra Nasarudin Belia, Bota Kanan, kira-kira jam 4 untuk pergi memancing bersama-sama dua rakan sekolahnya.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan keterangan yang diperolehi dari rakannya itu, selepas menunggu mangsa tidak tiba sehingga kira-kira jam 7 petang, mereka berdua bergerak pulang dengan menaiki sebuah motosikal.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah merek telah menjumpai motosikal yang diketahuinya memang dinaiki mangsa dalam keadaan bertongkat di tepi jalan ban sebelah parit.
“Kedua-dua mereka menemui beg silang mangsa dalam raga motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru yang mana isi kandungannya kosong.
“Mereka cuba mencari mangsa namun gagal disebabkan keadaan gelap dan hanya menggunakan lampu telefon bimbit masing-masing,” ujarnya.
Katanya, mereka kemudiannya menghantar motosikal mangsa ke rumahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 24 2019
Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat pelajar itu dari orang awam pada jam 11.57 malam Isnin. - Foto ihsan PDRM
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar tingkatan empat ditemui lemas selepas terlibat kemalangan
Seorang pelajar tingkatan empat ditemui lemas dalam parit selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di Ladang Tualang Tumbuh, dekat sini, pada Isnin.