Seorang pelajar maahad tahfiz berusia 13 tahun lemas ketika mandi-manda bersama enam rakannya di sebatang tali air di Kampung Padang Air, di sini, pada Rabu.
Mayat Ahmad Muhaimin Mohd Abdul Razip ditemui di celah dasar lumpur tali air oleh anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.20 malam, kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Difahamkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Iman itu dan enam rakannya datang untuk mandi di tali air tersebut pada sebelah petang tetapi mangsa tiba-tiba dibawa arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Cawangan Bahagian Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Negeri, Mohd Mazimi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum 25 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Operasi pencarian bermula jam 6.17 petang itu berhadapan dengan kesukaran kerana hujan lebat dan arus deras namun pihak kami guna teknik selaman di permukaan tali air," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian dibawa kepada bapanya, Mohd Abd Razip ismail, 54, yang turut menunggu di tempat kejadian sejak petang tadi sebelum diserah kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, untuk bedah siasat.
Difahamkan mangsa sering ke tali air tersebut untuk mandi-manda bersama kawan-kawannya.
Sementara itu, Mohd Abd Razip berkata beliau agak terkilan kerana tidak sempat menjadi makmum solat Maghrib dan Isyak anaknya itu ketika abang mangsa menguji adiknya itu ketika pulang bercuti di rumah mereka di Kampung Padang Nenas.
"Abang dia nak uji dia jadi imam, tapi saya tak sempat menyertai solat jemaah sebab saya solat di masjid..tapi saya bersyukur sebab sebelum pemergiannya dia sudah hafaz 15 juzuk al-Quran," kata pesara sebuah bank itu kepada Bernama.
Katanya, rakan-rakan mangsa menemui beliau dan meminta maaf kerana tidak sempat menyelamatkan mangsa.
"Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Ini pengakhirannya (mangsa), saya reda," katanya sebak sambil memegang baju-T berwarna oren milik mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 14 2018

Difahamkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Iman itu dan enam rakannya datang untuk mandi di tali air tersebut pada sebelah petang tetapi mangsa tiba-tiba dibawa arus deras. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Pelajar tahfiz ditemui lemas di tali air
Seorang pelajar maahad tahfiz berusia 13 tahun lemas ketika mandi-manda bersama enam rakannya di sebatang tali air di Kampung Padang Air pada Rabu.