KUALA LIPIS: Tidak tahan menanggung kesakitan selama beberapa jam akibat cincin besi tersekat di jari manis, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terpaksa meminta bantuan bomba bagi menanggalkan cincin berkenaan.
Mangsa sebelum itu telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut namun tetap tidak berjaya hingga menyebabkan jarinya mula membengkak dan kemerahan.
Ketua Balai Bomba Lipis, Haslizan Ramli berkata, pelajar yang tinggal di asrama sebuah sekolah menengah dekat sini telah dibawa oleh gurunya ke Balai Bomba Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan anggota bomba pada pukul 8.36 malam tadi.
"Setelah memaklumkan kepada gurunya mengenai cincin besinya sukar ditanggal pada pukul 8 malam tadi, pelajar berkenaan dibawa ke balai bomba untuk meminta bantuan dari anggota yang bertugas.
"Melihat keadaan bengkak di jari manis tangan sebelah kanan mangsa menunjukkan keadaan baru berlaku kesan daripada cincin besi yang sukar ditanggalkan berikutan saiz jari membesar," katanya di sini hari ini.
Haslizan berkata, anggota bomba berjaya mengeluarkan cincin dalam tempoh kira-kira 20 minit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.
"Kerja menanggalkan cincin dengan peralatan khas dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa berkenaan.
"Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak masing-masing tidak menjadikan cincin besi bersaiz kecil dan keras sebagai alat aksesori di jari tangan ataupun sebagai satu permainan di anggota badan yang kemungkinan sukar ditanggalkan dalam tempoh yang panjang," katanya.
Ifti Femida
Sun Apr 24 2022
Dua orang anggota bomba membantu menanggalkan cincin di jari manis pelajar perempuan dengan menggunakan peralatan khas di Balai Bomba Kuala Lipis, malam tadi. - Foto Bomba Kuala Lipis
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Pelajar tahan sakit, cincin besi tersekat di jari manis
Mangsa sebelum itu telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut namun tetap tidak berjaya.