KOTA KINABALU: Nurul Nazieha Jasnie seorang pelajar di Kolej Vokasional Keningau (KVK), Sabah telah terpilih sebagai seorang daripada calon 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize (GSP) anjuran Varkey Foundation di United Kingdom.
Pelajar berusia 19 tahun dalam jurusan Diploma Bakeri dan Pastri di KVK itu merupakan satu-satunya pelajar dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk anugerah GSP bagi tahun ini, yang menawarkan hadiah ASD100,000 kepada pemenang.
KVK dalam kenyataan kepada Bernama memberitahu pihaknya telah dimaklumkan oleh penganjur VK Foundation bahawa Nurul Nazieha adalah antara 50 peserta yang disenarai pendek bagi anugerah GSP untuk tahun ini.
"Bagi menyertai anugerah GSP, Nurul Nazieha yang berasal dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud perlu menghantar permohonan yang disertai dengan bukti dan sesi temu ramah melalui Zoom dengan panel dari luar negara," kata kenyataan itu.
KVK berkata Nurul Nazieha telah menggunakan kemahiran yang pelajarinya dalam bidang bakeri untuk melaksanakan projek komuniti yang disasarkan kepada golongan ibu berpendapatan rendah.
"Nurul Nazieha juga berjaya memulakan perniagaan biskut miliknya yang bernama "Tia Cookie" dengan hasil keuntungannya digunakan untuk menyertai pertandingan inovasi di Bali, Indonesia, tahun lepas," menurut kenyataan itu.
Sementara itu Pengarah KVK Christine Stanislaus Kinsik yakin pencapaian Nurul Nazieha mampu membantu meningkatkan kebolehpasaran para graduan kolej vokasional di negara ini.
"Semoga pencapaian Nurul Nazieha menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan belia di Sabah serta negara ini untuk terus mengharumkan nama negara di mata dunia," katanya.
Sementara itu Varkey Foundation dalam kenyataan berasingan berkata Nurul Nazieha dengan bantuan beberapa tenaga pengajar, turut menghimpun beberapa rakannya untuk membuka kelas masakan bagi ibu tunggal dan wanita dalam kalangan berpendapatan rendah.
"Mereka telah melatih lebih 120 ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah daripada kelompok 40 peratus penduduk negeri pendapatan sederhana dalam bidang keusahawanan membuat kek dan roti, supaya mereka boleh gunakan kemahiran yang dipelajari untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan," menurut kenyataan itu.
Jika menang, Nurul Nazieha merancang untuk menggunakan perolehannya itu bagi meluaskan cabang keusahawanannya dan membentuk ia supaya menjadi gabungan bengkel komuniti serta penyediaan latihan kepada orang ramai terutama dalam kalangan wanita untuk menceburi bidang perniagaan sendiri.
"Beliau juga akan menampilkan buku resipi berasaskan masakan tradisional pelbagai etnik di Sabah, agar rantau ini dapat memelihara warisan budayanya menerusi makanan tradisional. Sebahagian daripada dana kemenangan itu akan digunakan bagi menguji resipi baharu dalam makmal ternama bagi mendapatkan sijil serta perakuan yang berkaitan untuk tujuan pemasaran yang lebih luas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Nurul Nazieha adalah antara 50 peserta yang disenarai pendek bagi anugerah GSP untuk tahun ini.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Waspada guna AI untuk jenayah - Pakar
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh memudahkan tugasan harian.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek ahli Jemaah Islamiyah, serangan telah dirancang - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
[TERKINI] Serangan balai polis: Tidak logik buat laporan 2 pagi - IGP
Sebelum kejadian tembak-menembak di Balai Polis Ulu Tiram berlaku.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Pelajar Sabah calon 50 terbaik anugerah Global Student Prize
Nurul Nazieha Jasnie seorang pelajar di Kolej Vokasional Keningau (KVK), Sabah telah terpilih sebagai seorang daripada calon 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize (GSP).