MELAKA: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, remaja OKU masalah pembelajaran berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Beliau berkata pemandu kereta jenis Toyota Vios berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam di Selangor, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa dari Klebang menghala ke Batang Tiga memasuki laluan kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan, lalu bertembung selepas kereta tersebut gagal mengelak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati lesen pemandu kereta Toyota Vios itu telah tamat tempoh pada 17 Jan lepas, manakala remaja OKU tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal yang ditunggang juga tamat tempoh pada 8 Nov 2022.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Remaja OKU masalah pembelajaran berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto PDRM
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Pelajar OKU maut motosikal ditunggang bertembung kereta
Seorang pelajar OKU maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar, Melaka.