Enam pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengharumkan nama negara pada 'World Scholars Cup (WSC) Tournament of Champions' yang berlangsung di Yale University, Amerika Syarikat.
Kejayaan mereka membawa pulang 14 pingat emas dan 30 perak di kejohanan WSC merupakan pencapaian terbaik sekolah berprestij itu di peringkat global setakat ini, lapor Bernama.
WSC merupakan pertandingan ko-akademik melibatkan kuiz individu dan berkumpulan, penulisan esei dan debat melibatkan enam bidang termasuk sains, sejarah, sastera dan seni.
Keenam-enam pelajar berusia 14 hingga 16 tahun itu disambut pengetua MCKK Anand Baharudin bersama 10 pelajar dan anggota keluarga masing-masing sejurus tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Turut hadir di KLIA ialah Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anand ketika ditemui berkata kejayaan yang dicapai ini menunjukkan kemampuan pelajar di peringkat global.
"Kejayaan ini membuktikan pelajar MCKK mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam pertandingan yang disertai pelajar dari 58 negara," katanya.
Wakil keenam-enam pelajar berkenaan, Muhammad Luqman Mohammad Nawar, 16, berkata antara faktor kejayaan mereka ialah motivasi diberikan guru pengiring ke kejohanan berkenaan, Sharifah Nor Azam Syed Zainal Khodki.
"Apabila kami hampir lemah semangat, guru sentiasa mengingatkan kami untuk tidak mengalah," katanya.
Selain Muhammad Lukman, lima lagi pelajar yang menyertai pertandingan itu ialah Muhammad Mikhail Taufiq, 14; Hilman Irfan Hilmi, 15; Muhammad Faiz Syafie Zubair, 16; Muhammad Alif Daniel Jafri Malin, 16, dan Ahmad Adam Mohamad Adan, 16.
Astro Awani
Sat Nov 24 2018
Pengetua MCKK, Anand Baharuddin (kiri) bergambar bersama enam pelajar yang memenangi 14 pingat emas dan 30 pingat perak dalam World Scholars Cup (WSC) Tournament of Champions di Universiti Yale. -Bernama
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.
Pelajar MCKK lakar pencapaian terbaik di Amerika Syarikat
Kejayaan ini membuktikan pelajar MCKK mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam pertandingan yang disertai pelajar dari 58 negara.
Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat meninggal dunia
Adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn, Lt Jen Datuk Jaafar Onn, 81, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor kira-kira 7.45 malam pada Selasa.