SHAH ALAM: Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri yang diadakan di sebuah sekolah bertukar kepada majlis tahlil susulan seorang pelajarnya maut ketika dalam perjalanan ke sekolah tersebut pada Jumaat.
Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2), Mohd Syariffuddin Rahmat berkata, beliau dan guru besar sekolah, Wan Shamsiah Wan Yusoff bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden menimpa pelajar berumur 16 tahun itu.
Pihaknya dimaklumkan bahawa pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas di sini.
"Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya ke tempat kejadian bersama pengetua dan kami juga nampak ada satu tong air batu di atas motor yang dipercayai untuk digunakan pada majlis sambutan di sekolah hari ini (Jumaat)," katanya.
Beliau berkata, kejadian itu turut diumumkan pihak sekolah dalam perhimpunan dan turut membatalkan acara persembahan sempena sambutan Hari Guru dan mengadakan majlis tahlil buat arwah selepas itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.
Menurutnya, ketika kemalangan kira-kira jam 8.05 pagi itu, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan ke SMK Seksyen 24, hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah jalan.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 16 tahun itu tinggal di Seksyen 7, mangsa memakai helmet, namun tidak memiliki lesen memandu dan menunggang motosikal milik ibunya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Iqbal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022

Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak, Shah Alam pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Trump batal kebenaran akses keselamatan pesaing politik
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump arah batal kebenaran akses keselamatan beberapa pesaing politik berprofil tinggi.
Mahkamah Persekutuan AS arah tidak usir pelajar
Seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat mengarahkan pentadbiran Presiden Donald trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown di Washington.
Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan amerika berusaha untuk mengusir lelaki itu selepas menuduhnya merosakkan dasar Luar Amerika selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan amerika berusaha untuk mengusir lelaki itu selepas menuduhnya merosakkan dasar Luar Amerika selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Penyambungan berperingkat, periksa keselamatan semua sistem
Penyambungan semua penerbangan akan mengambil sedikit masa bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan ke atas semua sistem selepas diaktifkan semula.
Trafik sesak di sepanjang jalan menuju Heathrow
Aliran trafik sesak di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Heathrow London pada Sabtu apabila lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.
Rewang ketupat, erat perpaduan menjelang Aidilfitri
Kemeriahan jelas dirasai apabila lebih 200 masyarakat berbilang kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama rewang membalut ketupat makanan tradisi ketika Hari Raya.

Bazar Raya NADI perkasa keusahawanan komuniti setempat - Fahmi
Bazar Raya NADI yang diadakan serentak di 1,077 NADI seluruh negara hari ini mampu membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan aspek keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat.

Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan fokus bangunkan negara - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi bahawa hanya dengan kestabilan politik sahaja kerajaan dapat memfokus kepada pelaksanaan pelbagai program untuk membangunkan Sabah dan negara.
Politik stabil penting pastikan kerajaan fokus bangunkan negara
Malah, Anwar turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana dapat membantu menenang dan menyederhanakan suasana hiruk-pikuk politik di Sabah.
Percepatkan pelaksaan projek pembangunan di Sabah - PM
Satu keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah khususnya infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, sekolah dan kemudahan kesihatan.
Mangsa Johor terima bantuan khas RM3,000 sebelum Aidilfitri
Bantuan sebanyak RM3,000 akan diberikan sebelum sambutan Aidilfitri kepada 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di 100 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas di seluruh negeri itu.

Pelajar maut, sambutan Hari Guru bertukar majlis tahlil
Pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas.