Seorang pelajar lelaki warga Nigeria, maut dipercayai kerana tercekik roti semasa sambutan majlis hari lahir rakannya di sebuah hotel dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata mangsa, Borokinni, 32, menyertai pertandingan makan roti pada majlis tersebut kira-kira 1.30 pagi.

"Selesai pertandingan, mangsa yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Selangor, telah lari ke belakang dan muntah lalu tidak sedarkan diri.

"Rakan mangsa kemudian membawanya ke hospital dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah 'Asphyxia Secondary To Choking'," katanya dalam kenyataan media hari ini.

-- BERNAMA