Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta warganegara Guinea dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar 3,304.6 gram dadah jenis kokain.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Emmanuel Kamano, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Dalam penghakimannya Nordin berkata mahkamah mendapati tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang disalut coklat dan diletakkan di dalam beg plastik.
"Tertuduh gagal menyangkal anggapan pemilikan dan dengan jumlah dadah yang besar, bagi maksud pengedaran. Justeru itu tertuduh disabit dengan kesalahan dan dihukum gantung sehingga mati, kata Nordin.
Sementara itu rakan Emmanuel, seorang ahli perniagaan warganegara Nigeria yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu bernasib baik apabila mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan sama.
Nordin berkata mahkamah mendapati tertuduh pertama, Ifeanyi Atuenyi, 39, tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut dan keterangannya selaras dengan reaksi ketika dia ditangkap polis iaitu dalam keadaan terkejut namun memberi kerjasama kepada polis.
Hakim itu berkata lelaki Nigeria itu ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan bukan sesuatu yang luar biasa untuk dia membawa tertuduh kedua ke Kepong dengan menaiki kenderaannya.
Pada 2 Mac 2016, Ifeanyi dan Emmanuel didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di Lebuhraya MRR2, Kepong - Sungai Buloh, di sini pada 6.15 petang, 22 Jun 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 4 Okt 2016.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala Ifeanyi diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan Emmanuel diwakili peguam Norman Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017
Hukuman itu dijatuhkan terhadap Emmanuel Kamano, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. - Gambar hiasan
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Pelajar kolej dihukum gantung sampai mati edar lebih 3kg kokain
Emmanuel Kamano dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah mengedar 3,304.6 gram dadah jenis kokain.