Seorang penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden pencerobohan Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang di mana kira-kira 20 buah kubur ditemui rosak dan terbakar, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 19 tahun itu merupakan suspek kedua yang ditahan, selepas seorang tukang rumah warga Indonesia berumur 46 tahun ditahan dua hari selepas kejadian itu berlaku.
Beliau berkata, suspek kedua itu ditahan di Jalan Bachang, Melaka sekitar 3.45 petang Rabu.
Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan jaminan polis kerana mempunyai rekod waran tangkap dari mahkamah atas kesalahan lampau berkaitan dadah dan telah menghadapi pertuduhan mahkamah atas kesalahan itu hari ini.
Sementara itu, Afzanizar berkata tempoh reman terhadap suspek warga Indonesia telah dilanjutkan dua minggu lagi, sehingga 11 Julai.
Tambahnya, sehingga kini masih belum ada sebarang pengakuan lisan oleh suspek dan motif kejadian juga belum dikenal pasti.
Penahanan kedua-dua suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Pada Jumaat lalu, penduduk di Bachang gempar apabila sekitar 20 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin ditemui rosak dan dua daripadanya dibakar.
BACA: Kubur dirosakkan: MAIM minta penduduk Bachang bertenang
BACA: 'Seolah-olah dirancang' - Penduduk gempar temui puluhan kubur dirosakkan, dibakar
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jun 27 2019

Suspek pertama, seorang lelaki warga Indonesia, diiringi polis ketika di Mahkamah Melaka, Ayer Keroh pada 24 Jun lalu. -
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

15 peniaga positif COVID-19, Pasar Besar MBMB ditutup 3 hari
Peniaga yang positif adalah di bahagian sayur-sayuran dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat mereka.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

'Seolah-olah dirancang' - Penduduk gempar temui puluhan kubur dirosakkan, dibakar
Penduduk di Bachang, Melaka gempar apabila sekurang-kurangnya 30 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, di kawasan itu, ditemukan rosak dan terbakar.