Bergelumang dengan lalat. Itulah yang terpaksa dilalui pelajar, guru serta kakitangan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang, Kedah setiap hari.
Isu lalat menghurung di sekolah itu sejak Jun tahun lalu masih belum ada penyelesaian.
Tidak mahu dipersalahkan, pengusaha kantin, Khoiree Abdullah mengesyaki masalah lalat itu berpunca daripada projek tanaman kelapa sawit yang menggunakan baja tahi ayam.
Menurutnya, keadaan ini membuatkan mereka turut tertekan dengan bau busuk baja tahi ayam tersebut.
“Benda ini tidak habis, saya ingatkan dua tiga hari saja. Macam-macam usaha saya, daun pandan, serai wangi, lilin, lilin serai wangi.
“Jadi bermacam-macam saya cuba bagi menghilangkan lalat ini tapi kita tengok tak kesan lagi,” katanya.
Masalah sama turut diajukan pengawal sekolah, Ismail Mustafa, yang mendakwa dalam sehari lebih 20 kali lori yang membawa muatan sarat tahi ayam itu berulang alik menghantar baja ke ladang berkenaan.
“Lori tu dari pagi sampai petang berulang-alik, kami nak makan pun tak boleh makan dah. Tak selera, lalat ni banyak.
“Ada juga waris yang bersungut, sambal menyoal kenapa tidak diambil tindakan. Kami kata, serah pada pengetua,” jelasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Shafie Awang mengakui telah membuat aduan kepada majlis daerah dan Jabatan Alam Sekitar pada 31 Disember lepas.
“Pihak kami dengan keresahan ibu bapa tu diharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu lalat ini.
“Jadi kerisauan kita juga terhadap pelajar pelajar yang seramai 900 orang itu dengan makan di dewan makan, kantin dan sebagainya yang dipenuhi dengan lalat.
“Kami ibu bapa berasa sangat resah dengan keadaan ini dan ianya berlarutan agak lama, jadi kami berharap tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan la,” katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 04 2018
Isu lalat menghurung di sekolah itu sejak Jun tahun lalu masih belum ada penyelesaian.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian
Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kementerian Perpaduan mohon peruntukan tingkat relevansi perpustakaan dalam RMK13
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu perlu bagi memberi keupayaan kepada PNM menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan kehendak generasi baharu dalam dunia yang pantas berubah.
Sambutan Tahun Baharu Cina Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari 2025 di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom.
WEF 2025: Open Forum - Balancing the Scales
According to the IMF, income inequality is high or increasing in 60% of low- and middle-income countries, with the highest impact being felt on marginalized groups. With rising income inequality threatening growth worldwide, what can be done to bridge this gap?
Tokong lama Swee Nyet Keung mula dihias, hidupkan suasana perayaan
Tokong Swee Nyet Keung yang berusia hampir 100 tahun di Gua Musang, Kelantan mula dihias cantik dengan perhiasan menarik bagi menghidupkan suasana perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.
SHP Batang Kali petanda sokongan agenda tenaga lestari
Loji hidrokuasa kecil Batang Kali (SHP Batang Kali) menjadi bukti usaha berterusan kerajaan negeri dan sektor swasta mengurangkan jejak karbon dan menyokong agenda tenaga lestari negara.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Laporannya bersama rakan setugas Faida Rahim di Batang Kali.

[TERKINI] Sidang media Perdan Menteri selepas WEF 2025 berakhir
Perdana Menteri dan Pengerusi asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi impak besar di Forum Ekonomi Dunia (wef) 2025 di Davos, Switzerland, berakhir semalam/
Antara lain, beliau menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemarannya hingga kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.
Ikuti sidang media Perdana Menteri selepas WEF 2025, berakhir.

Pelajar, guru sekolah 'ditemani' lalat
Pelajar, guru serta kakitangan Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang, Kedah terpaksa menghadapi serangan lalat di sekolah mereka.