JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah agar pelajar tempatan mengeratkan jalinan muhibah dan menyebarkan kebaikan tanpa mengira bangsa atau agama, termasuk persahabatan dengan pelajar dari luar negara.
Baginda bertitah, ketegangan geopolitik dunia sedikit sebanyak juga memberikan kesan kepada semua sehingga terdapat begitu banyak kesengsaraan, kehilangan orang tersayang, kehilangan rumah, di beberapa pelosok dunia, termasuklah penderitaan dialami di beberapa negara Islam.
Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti program Serambi Al-Quds bagi membantu rakyat Palestin menyambung pengajian di UTM.
"Sebagai pusat pengajian tinggi yang tersohor, UTM telah memberi peluang kepada beberapa pelajar antarabangsa untuk mendapat pendidikan di Malaysia. Ini adalah satu usaha yang mulia.
"Marilah kita memanjat kesyukuran kerana kita boleh menawarkan tempat selamat untuk pelajar-pelajar ini yang keluarga tersayang mereka sedang mengalami kesusahan dan berdepan dengan tragedi kehilangan nyawa," titah Raja Zarith Sofiah pada Majlis Konvokesyen UTM ke-67 (MK67), di sini, pada Sabtu.
Berangkat sama isteri Tunku Mahkota Johor yang juga Pro-Canselor UTM, Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Seri Dr Mohd Salleh Mohd Nor.
Raja Zarith Sofiah turut bertitah, sebagai suri kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda juga bertanggungjawab untuk menolong rakyat di negeri ini.
"Masih ramai di Johor yang duduk dalam keadaan daif, dan tidak dapat makanan mencukupi untuk keluarga mereka.
"Pada masa sama, ramai umat Islam sedang menderita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sesungguhnya kami menyedari penderitaan akibat keganasan yang dirasai oleh rakyat di negara-negara dilanda dengan kesan-kesan setelah keganasan sudah dilakukan.
"Oleh demikian, marilah kita menolong mereka yang terdekat berada di negeri dan negara kita. Pada masa sama, kita pertimbangkan cara sesuai untuk menolong mereka yang sedang dizalimi di negara luar," titah baginda.
Istiadat MK67 menyaksikan sebanyak 7,804 graduan termasuk penerima Hadiah Akademik pada MK67 yang berlangsung selama enam hari sehingga Khamis depan (23 Nov). - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023

Permaisuri Johor yang juga Canselor UTM) Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan skrol kepada penerima Ijazah Doktor Falsafah Siti Fatimah Mohd Shahar (duduk, kanan) pada Majlis Konvokesyen UTM ke-67. - Foto BERNAMA

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Pelajar diseru jalin persahabatan termasuk pelajar antarabangsa - Raja Zarith Sofiah
Permaisuri Johor bertitah agar pelajar tempatan mengeratkan jalinan muhibah dan menyebarkan kebaikan tanpa mengira bangsa atau agama.

Setiap nyawa tidak ternilai harganya - Permaisuri Johor
Baginda harap kematian kanak-kanak itu menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih peka dalam melindungi golongan berkenaan.