KAMPAR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik cemas apabila dipeluk lelaki bogel ketika berjalan sendirian di Jalan Batu Hijau di sini, Ahad lalu.
Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu turut mengalami patah gigi ketika bergelut dan menggigit suspek dalam usaha melepaskan diri.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes cabul itu.
"Siasatan mendapati mangsa dipeluk dari arah belakang menyebabkan mangsa menjerit sebelum suspek melarikan diri ke arah semak berhampiran.
"Pada masa sama, seorang lelaki yang juga pelajar sebuah universiti berhampiran ternampak kejadian itu turut membantu mangsa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, mangsa tidak dapat mengecam suspek berikutan keadaan sekeliling yang samar-samar.
"Pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berhampiran dengan lokasi kejadian itu.
"Rondaan melibatkan unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan elemen daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah kerap dilakukan di tempat kejadian," katanya.
Mohamad Nazri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 24 2022
Menurut Mohamad Nazri, mangsa tidak dapat mengecam suspek berikutan keadaan sekeliling yang samar-samar. - Foto Sinar Harian
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Pelajar dipeluk lelaki bogel ketika jalan sendirian
Seorang pelajar perempuan mengalami detik cemas apabila dipeluk lelaki bogel ketika berjalan sendirian di Jalan Batu Hijau di Kampar.