Seorang daripada penuntut program pengajian al-Quran di Mesir yang dihantar pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai visa, merayu bantuan semua pihak untuk membolehkannya menamatkan pengajian tahfiznya.
Pelajar perempuan Nur Afiqah Elia Mohd Nazim, 21, berasal dari Shah Alam berkata, beliau sudah setahun dua bulan berada di Mesir dan pada tahun pertama pengajiannya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan visa.
"Saya dan pelajar lain sudahpun memohon visa sejak Disember, namun masih belum menerima sebarang jawapan. Saya harap pihak yang berkenaan dapat membantu saya dan pelajar lain mendapatkan visa dan pulang ke Mesir.
"Kasihanilah kami. Kami ingin menuntut ilmu hingga tamat," katanya kepada pemberita sambil menangis ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Nur Afiqah Elia merupakan seorang daripada 19 pelajar kumpulan pertama daripada 104 pelajar Markaz Tahfiz Makkah AlMukaramah yang terpaksa pulang kerana masalah visa.
Sementara itu, pengasas markaz berkenaan, Nor Anisah Abdul Malek ketika ditemui berkata daripada 19 pelajar yang pulang hari ini, 17 merupakan pelajar wanita dan selebihnya merupakan pelajar lelaki. Kesemua mereka berusia 10 hingga 23 tahun.
Pelajar yang lain akan pulang secara berperingkat dan berkumpulan esok. Program di markaz ini sudah berjalan selama 19 tahun dan selama ini kami tidak pernah ada masalah mengenai visa seperti yang timbul baru-baru ini, katanya lagi.
Baru-baru ini Bernama melaporkan seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di AlSharqia Mesir ditahan polis negara itu pada 27 Feb lalu berhubung kesalahan visa pelajar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mohd Husaini Zainuddin berkata, pada 28 Feb National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada pelajar itu akan dihantar pulang manakala selebihnya dibebaskan.
Beliau berkata pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah percaya kegagalan pusat pengajian itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al-Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 05 2017
Ezzah Azmi (kiri), Nur Afiqah Elia Mohd Nazim (tengah) dan Siti Nur Husna (kanan) antara pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir berhubung masalah visa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad. - Foto Bernama
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ini sebabnya kenapa Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa
Terbaik ..
'Ulat Haji Furada' boleh untung sehingga RM20,000 bagi satu visa
Malangnya, ada antara mereka hanya mengejar keuntungan sehingga agensi pelancongan dan jemaah haji tertipu.
Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian
Seorang daripada penuntut program pengajian al-Quran di Mesir yang dihantar pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai visa, merayu bantuan semua pihak untuk membolehkannya menamatkan pengajian.