KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Kolej Vokasional Keningau, diumumkan sebagai 10 finalis bagi Chegg.org Global Student Prize 2022, anugerah yang menawarkan hadiah US$100,000 (RM448,000).
Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara.
Anak kelahiran Sabah itu juga merupakan satu-satunya pelajar Malaysia dalam senarai finalis anugerah berkenaan.
Anugerah berkenaan diberikan kepada pelajar yang mampu membawa impak dalam pembelajaran, kehidupan rakan sebaya serta masyarakat.
Menurut Alesyah, beliau tidak menyangka akan terpilih dan tersenarai dalam 10 finalis di seluruh dunia yang berentap untuk anugerah berkenaan.
"Saya merasa sangat teruja dan tidak menyangka bahawa saya tersenarai di antara 10 pelajar terbaik dunia. Ini membuatkan saya terharu dan gembira kerana saya pelajar yang berasal dari pedalaman Sabah dapat mewakili Sabah sekali gus Malaysia dalam anugerah Global Student Prize ini," katanya di sini, hari ini.
Alesyah sebelum ini tersenarai sebagai 50 finalis terbaik pada hujung Julai lalu sebelum melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu 10 finalis teratas.
Pada 31 Ogos 2022, beliau turut menerima Anugerah Khas dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Yang di-Pertua negeri Sabah Tun Juhar Datuk Haji Mahirudin di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Chegg.Org memaklumkan Alesyah telah mengetuai beberapa inisiatif sekolahnya yang memfokus kepada pelajar vokasional dan pelajar berkeperluan khas.
"Sebagai seorang daripada beberapa pelajar perempuan yang mendaftar dalam kursusnya dengan misi untuk memberi inspirasi kepada wanita muncul cemerlang dalam bidang vokasional yang secara tradisinya didominasi lelaki.
"Dia telah mewakili jabatannya dalam beberapa pertandingan dan membimbing pelajar perempuan lain untuk melakukan perkara yang sama.
"Alesyah mengetuai projek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) di sekolahnya yang melatih rakan sebaya dan guru mengenai robotik, dron, percetakan tiga dimensi (3D) dan keusahawanan.
"Projek itu menjadi penerima pertama Geran STEAM berjumlah AS$1,000 daripada Yayasan Awesomen yang berpusat di Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Alesyah juga merintis program pertukaran antarabangsa dengan beberapa sekolah di Korea Selatan, mengetuai pasukan yang kesemuanya wanita sebagai Pemenang Inovasi Komuniti di Hackathon Belia Literasi Media dan Maklumat Global, anjuran bersama UNESCO dan Republik Korea.
"Pasukannya membantu menangani salah maklumat berkaitan COVID-19 dengan mendidik orang ramai tentang berita palsu dan penipuan menerusi satu set strategi yang membantu komuniti menyelidik, menganalisis dan menilai maklumat dengan lebih baik.
"Menerusi usahanya, Alesyah telah memperjuangkan peningkatan peluang pendidikan kepada golongan wanita, pelajar vokasional, pelajar luar bandar dan mereka yang kurang upaya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pemenang anugerah berkenaan dijangka diumumkan pada minggu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York akhir bulan ini.
Chegg.org ialah cabang impak, advokasi dan penyelidikan yang menumpukan kepada usaha menangani isu dihadapi pelajar masa kini.
Alexion Mairin
Thu Sep 01 2022

Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara. - Gambar/ globalteacherprize

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Pelajar dari pedalaman Sabah tersenarai 10 finalis anugerah pelajar dunia
Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara.

Pelajar Malaysia pertama calon Global Student Prize 2022
Alesyah Asa berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org.