Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan dalam kepala meninggal dunia pada pukul 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia).
Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Syariah Islamiah di universiti itu menghembus nafas terakhir di Hospital Safarat, Hayyu Sabi'e, Kaherah, Mesir.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim ketika dihubungi Bernama berkata jenazah pelajar berusia 24 tahun itu selamat dikebumikan sebelum Maghrib waktu Mesir semalam.
"Mengikut perancangan asal, saya akan menemani ibu bapa Mohd Fahmi untuk menziarahinya di Mesir pada pagi esok memandangkan hanya itu sahaja tiket paling awal yang wujud.
"Namun, Allah lebih menyayanginya dan hajat ibu bapanya untuk bertemu kali terakhir tidak kesampaian. Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Terdahulu, kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf dimasukkan ke hospital itu tular di media sosial sejak malam Rabu lalu apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung derma kilat berikutan keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahannya.
Allahyarham dikejarkan ke Hospital Safarat pukul 2.07 pagi Rabu lalu (8.07 pagi waktu Malaysia) selepas tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan dalam otak.
Susulan itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM10,000 untuk ibu bapanya iaitu Mohd Shukri Husin, 54, dan Norhayati Jusoh, 51, ke Mesir bagi melawat anak sulung mereka sebelum menerima berita sedih itu.
Maliaman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata ibu bapa Allahyarham akan tetap berangkat ke Mesir pagi esok untuk menziarahi kubur Allahyarham dan beliau sendiri akan mengiringi mereka sepanjang berada di Mesir.
"Ibunya ada bercerita kali terakhir Allahyarham pulang pada Aidilfitri tahun lepas. Mereka sekeluarga selalu berhubung melalui aplikasi Whatsapp di mana kali terakhir Allahyarham ada mengadu sakit kepala.
"Ibu bapanya reda dengan pemergian Allahyarham kerana beliau adalah seorang anak yang mempunyai perwatakan sangat baik, tambahan pula dalam keadaan beliau sedang menuntut di Mesir seperti mana yang diimpikannya selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2019
Kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf dimasukkan ke hospital itu tular di media sosial sejak malam Rabu lalu apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung derma kilat.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.