Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar melihat semula kenyataannya yang dibuat 12 tahun lalu yang menyatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu melabur lebih banyak di seberang laut agar pencarum dapat menerima dividen yang lebih baik.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu pada 26 April 2005, justeru amat mengejutkan apabila beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan mengkritik pelaburan Khazanah serta KWSP di Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Berita untuk mengingatkan beliau (Dr Mahathir) boleh dibaca di http://tinyurl.com/epf-DrM2. Pada masa itu beliau (Dr Mahathir) berkata KWSP mempunyai dana yang besar berjumlah RM240 bilion dan pelaburan domestik bermakna pulangan yang rendah. Beliau berkata KWSP mesti melabur di luar negara bagi meningkatkan pendapatannya.
"Hari ini, setakat akhir Jun 2017, dana KWSP mencecah RM759.78 bilion - lebih tiga kali ganda berbanding ketika Dr Mahathir membuat kenyataan itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata KWSP sudah menjelaskan bahawa pelaburan luar negara mereka, atau 29 peratus daripada aset pelaburan keseluruhan, menyumbang 32.5 peratus kepada pendapatan pelaburan keseluruhan bagi suku kedua 2017.
Ahmad Shabery berkata pelaburan seberang laut juga memberi pulangan atas pelaburan tahunan 11.10 peratus setakat Jun 2017 - jauh mengatasi prestasi pelaburan tempatan KWSP.
"Saya terkejut bila tahu Tun (Dr Mahathir) sekarang sudah menukar fikiran dan pandangan dengan mengkritik pelaburan Khazanah dan KWSP di AS. Ini menunjukkan beliau bermain politik kebencian sambil mengetepikan kebajikan serta kepentingan rakyat," katanya.
Menurut Ahmad Shabery, melabur di luar negara bukan perkara baharu bagi Khazanah dan KWSP.
Khazanah telah membuka pejabat di Lembah Silikon, AS pada 2013 dan pada 2014, Khazanah memperoleh lebih US$1 bilion menerusi penyenaraian Alibaba di AS - pulangan lima kali ganda pelaburan mereka, katanya.
Menurut beliau sebahagian besar dana untuk pelaburan semasa berjumlah US$400 juta dalam firma teknologi di AS datang daripada keuntungan Alibaba.
"KWSP juga merekodkan kejayaan besar menerusi pelaburan dalam projek infrastruktur di seberang laut. Pada 2013, KWSP bersama-sama syarikat berkaitan kerajaan Sime Darby dan SPT Setia yang pemegang saham utamanya ialah PNB (Permodalan Nasional Berhad), dianugerahi projek bernilai berbilion pound untuk membangunkan Battersea di London," katanya.
Menurutnya projek Battersea merupakan projek berpotensi besar yang bermakna lebih banyak keuntungan akan diperoleh syarikat-syarikat terbabit.
"Saya harap Tun dan (pakatan pembangkangnya) Pakatan tidak mencetuskan keraguan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat pengurus dana profesional terbabit memandangkan mereka mempunyai rekod yang cemerlang dalam pelaburan di luar negara.
"Kejayaan mereka bermakna rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada keputusan mereka melabur di luar negara. Adakah salah untuk pemegang dana ini mencari pelaburan terbaik - sama ada di dalam mahupun di luar negara - yang akan memaksimum pulangan simpanan rakyat biasa?" soalnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2017
Tun Dr Mahathir dinasihatkan melihat semula kenyataannya yang dibuat 12 tahun lalu. -Gambar fail
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara
Persidangan berkenaan dilihat mampu mencari penyelesaian dan menambah baik sistem perlindungan sosial di negara ini.
Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan.
'Potong 20 peratus subsidi petrol, salurkan kepada dana pencen KWSP' - Penganalisis
20 peratus subsidi petrol wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan dan disalurkan kepada dana pencen kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akaun 2 jadi cagaran: KWSP masih perinci kaedah, menilai semua faktor
KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik serta pertimbang semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk konvensional, 4.75 peratus untuk syariah
KWSP mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.