Selepas empat hari bertarung nyawa, pekerja syarikat penghantaran yang parah ditikam rakan sekerjanya dalam pergaduhan di sebuah syarikat penghantaran di Balik Pulau meninggal dunia hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Mohd Zain berkata mangsa, Aidil Asran Omar, 24 tahun meninggal dunia pada jam 11.15 pagi tadi di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sebelum ini, mangsa yang parah ditikam menjalani pembedahan usus dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.
Jafri berkata, susulan itu, polis telah mengklasifikasikan semula kes dari seksyen 326 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 27 tahun sebelum ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.
"Pihak kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman susulan kematian mangsa hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Parah ditikam rakan sekerja gara-gara lewat masuk kerja
Lelaki itu ditahan di Nibong Tebal jam 6.30 petang Selasa selepas melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian.
Beliau berkata polis turut merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu bersama lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai rekod lampau berkaitan dua kes dadah dan satu kes jenayah tersebut.
Dalam kejadian jam 1.30 petang Selasa lepas, seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran mengalami kecederaan parah di rusuk kiri, dada dan tangan selepas ditikam rakan sekerjanya.
Siasatan awal mendapati suspek sangat marah dan berang kerana ada di antara pekerja kumpulan itu termasuk mangsa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas dan sebelum ini suspek telah beberapa kali menegur mereka.
Lelaki itu juga dipercayai berdendam dengan mangsa dan beberapa lagi pekerja di situ kerana terpaksa menjalankan kerja sendirian ketika lori tiba untuk mengambil barangan penghantaran.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 23 2019

Suspek dikatakan sudah beberapa kali membuat teguran terhadap mangsa namun tidak diendahkan menyebabkan suspek hilang sabar. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Lima sekeluarga nyaris maut, kereta bertembung sebelum terbakar
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Balik Pulau dari Hatyai, Thailand.

Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.

Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.

Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.

Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.

Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.

Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.

Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.