KUCHING: Seorang pekerja swasta kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata polis menerima laporan kejadian daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 30-an yang mendakwa telah ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian oleh seorang wanita menerusi satu aplikasi pada 14 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa telah dimaklumkan akan mendapat pulangan dan komisen jika barangan yang dijual menerusi satu laman web berjaya dijual.
"Mangsa telah membuat 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza antara 15 Mei hingga 13 Julai yang melibatkan kerugian sebanyak RM1.2 juta.
"Sehingga kini, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000 sahaja. Mangsa menyedari ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan komisen yang dijanjikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azman sehubungan itu menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan sesuatu tawaran kerja melalui media sosial yang menawarkan gaji lumayan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
![Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686376739_AzmanAhmadSapri.jpg)
Mohd Azman menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan sesuatu tawaran kerja melalui media sosial yang menawarkan gaji lumayan. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686376739_AzmanAhmadSapri.jpg)
Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud
Seorang pekerja swasta kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.