SUNGAI BULOH: Seorang pekerja pusat servis kenderaan maut, manakala seorang lagi parah selepas tayar jentolak meletup ketika sedang diisi angin dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
"Bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga terkena kedua-dua mangsa mengakibatkan salah seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.
"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, semakan mendapati kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun merupakan lelaki warga tempatan.
Katanya, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Siasatan sebelum ini mendapati kejadian terbabit telah ditularkan menerusi satu gambar kejadian berserta rakaman suara.
"Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya.
Pada Khamis, tular gambar serta rakaman suara berkaitan kejadian melibatkan tayar meletup di sebuah pusat servis kenderaan di sini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 03 2024

Pekerja pusat servis kenderaan maut, manakala seorang lagi parah selepas tayar jentolak meletup ketika sedang diisi angin dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh pada Selasa. - Gambar hiasan

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.

Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

Tayar kren meletup, pekerja bengkel maut terkena plat besi terpelanting
K Kumaresa, 60, yang cedera parah maut di tempat kejadian.

Penerbangan Awam nafi dakwaan Tun Mahathir pesawat disabotaj
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi semalam.

Pesawat American Airlines terbakar, 20 cedera
Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 161 penumpang dan sembilan anak kapal.