Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 8.33 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 30-an masih berada di bawah lori bersama motosikalnya.


Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan bantuan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.