Seorang pekerja ladang warga tempatan mati dibunuh rakan sekerjanya dalam perselisihan faham selepas ditegur kerana masakannya tidak sedap dan disediakan dalam keadaan tidak bersih.
Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata dalam kejadian pukul 9.05 pagi semalam, lelaki yang berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu rumah pekerja Ladang Estate Belenggu Hall, Mentakab, di sini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa telah berselisih faham dan bergaduh dengan seorang lagi pekerja ladang lelaki berusia 35 tahun pada 10 malam, Ahad lepas yang tidak berpuas hati dengan masakan mangsa.
Siasatan awal mendapati mangsa patah 9 tulang rusuk kiri, 11 tulang rusuk kanan, retak tulang hidung dan tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala, katanya.
Suspek dipercayai ditendang, dipukul dengan kayu dan diserang menggunakan parang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zuhdin berkata polis berjaya menahan suspek yang juga warga tempatan pada pukul 11 pagi semalam, di ladang berkenaan dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017
Siasatan awal mendapati mangsa patah 9 tulang rusuk kiri, 11 tulang rusuk kanan, retak tulang hidung dan tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala. Gambar hiasan
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk bersedekah.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pasukan petugas khas KKM siasat kematian pakar patologi
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden kematian seorang pakar perubatan patologi di Lahad Datu, baru-baru ini.
PM Anwar tiba di Islamabad untuk Lawatan Negara, disambut Shehbaz Sharif
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi di sini, jam 7.55 malam waktu tempatan.
Pelajar tingkatan satu maut jatuh bangunan
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra pada Selasa.
Sepanyol evakuasi 350 warganya dari Lubnan susulan ketegangan
350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (02 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja ladang mati selepas bergaduh kerana masakan tak sedap
Dalam kejadian pukul 9.05 pagi semalam, lelaki yang berusia 59 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu rumah pekerja Ladang Estate Belenggu Hall, Mentakab.