Seorang penunggang motosikal maut setelah kenderaannya merempuh belakang sebuah kereta rosak di lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan di kilometer 124.8 arah utara.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pekerja kilang Muhammad Amirul Zamir Md Isa, 24, yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dalam kenyataannya memaklumkan siasatan awal mendapati kereta jenis Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun itu mengalami kerosakan di bahagian enjin lalu memberhentikan kenderaan tersebut di lorong kecemasan.
Noorzainy berkata pemandu kereta tersebut telah membuka but dan memasang isyarat lampu kecemasan.
Mangsa yang datang dari arah belakang bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan belakang kereta tersebut dan terjatuh.
Menurut Noorzainy, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Wed Feb 06 2019
Mangsa Muhammad Amirul Zamir yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Sungai Petani meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. -Astro AWANI
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.
APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands
Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.
Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS
Kelindan berusia 25 tahun itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.
Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan
Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa
Seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Waja dan Nissan Ad Resort, malam tadi.
Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk
Kemalangan di Kilometer 62, Lebih Raya Utara Selatan, awal pagi itu melibatkan dua buah treler.
Penunggang motosikal maut digilis lori treler
Siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.