Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja feri, Antonius Permisi, 45, sedang melakukan kerja mengangkut baja dengan menggunakan feri tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, sembilan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 petang hari sama.
"Ketika kejadian, feri tersebut mengangkut lori yang membawa muatan baja di dalamnya untuk dibawa menyeberang sungai tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari kedua semalam.
"SAR mangsa menggunakan empat bot orang awam dan pencarian dilakukan dengan kaedah di permukaan air dan tepi sungai bersama agensi lain dan penduduk," katanya.
Bagaimanapun Nurul Azlan berkata, mangsa belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5 petang semalam.
"Operasi akan disambung semula esok pagi," katanya. - Sinar Harian