KUALA LUMPUR: Tahap pematuhan majikan pekerja asing dalam aspek menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja masih belum memuaskan, dengan sektor perkhidmatan mencatatkan pelanggaran undang-undang paling tinggi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehubungan itu, beliau menggesa para majikan supaya memberi perhatian dalam aspek undang-undang berkait tempat tinggal, masa bekerja dan gaji pekerja asing masing-masing.
"Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan agensi kawal selia melaksanakan penyiasatan, dan sekiranya ia berkaitan pelanggaran seksyen dan undang-undang tertentu boleh membawa kepada kertas siasatan dibuka dan berakhir di mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing kali kesembilan, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Sektor perkhidmatan termasuk restoran, pencucian dan pembersihan, perniagaan borong dan runcit, dobi, hotel, pusat peranginan, spa, kargo, pelabuhan dan lapangan terbang, serta perniagaan barang lusuh.
Saifuddin berkata tahap pematuhan majikan yang menggaji pekerja asing, dipantau oleh naziran atau inspektorat, susulan langkah kerajaan untuk melaksanakan pelan kelonggaran dan dasar rekalibrasi pada awal tahun ini, bagi memudahkan majikan menggaji pekerja asing.
"Pelan kelonggaran bermaksud, semua permohonan untuk mendapatkan pekerja asing dipermudahkan, di mana syarat-syarat kelulusan kuota seperti amalan terdahulu diketepikan sementara, tapi tidak ada kompromi dari segi kepatuhan maka naziran dilaksanakan," katanya.
Saifuddin berkata empat lagi sektor yang turut diperiksa naziran ialah sektor pembinaan, pertanian, perladangan dan perkilangan.
Beliau berkata laporan naziran yang dibentangkan pada mesyuarat hari ini mendapati, sektor perkhidmatan sehingga 9 Okt mencatatkan kemasukan pekerja asing seramai 142,204 orang, berbanding unjuran yang dilaksanakan oleh agensi kawal selia iaitu 20,000 orang.
Mengenai status kemasukan pekerja asing secara keseluruhan, setelah pelan kelonggaran dan dasar rekalibrasi dijalankan, beliau berkata sehingga 9 Okt kemasukan pekerja asing yang telah diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) ialah 667,418 orang, dan sasaran suku pertama tahun ini iaitu sebanyak 518,000 pekerja asing telah berjaya dipenuhi.
Saifuddin berkata bagi sektor pembinaan, unjuran ialah 301,000 pekerja asing diperlukan berbanding kemasukan (hingga 9 Okt) ialah 222,230 orang dan masih ada pengurangan hampir 80,000.
Beliau berkata bagi sektor pertanian, unjuran ialah 90,000 pekerja asing diperlukan dan pekerja asing yang telah masuk ke negara ini ialah 53,648, perladangan (unjuran 57,000, kemasukan 52,123) sementara bagi perkilangan (unjuran 50,000, kemasukan 197,213).
Saifuddin berkata daripada data yang dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, tiga sektor mengalami defisit dan dua sektor mengalami lebihan.
Beliau berkata pada masa ini, jumlah pekerja asing yang telah diberikan PLKS ialah hampir 1.7 juta dan jumlah itu memadai dan selepas ini, kerajaan hanya akan memantau kuota yang telah diluluskan dan tidak ada lagi permohonan untuk kuota baharu.
"Terdapat kuota yang telah diberi kelulusan, namun pekerja asing masih belum dibawa masuk ke negara ini dan dasar yang ditetapkan Kementerian Ekonomi ialah jumlah pekerja asing dalam negara, syilingnya tidak boleh melepasi 2.4 juta menjelang 2025," katanya.
Saifuddin berkata dalam mesyuarat hari ini, turut dibentangkan ialah kertas bagi tiga subsektor iaitu tukang gunting, pekerja tekstil dan tukang emas, bagi seramai 7, 500 pekerja asing yang telah dibuka dan boleh dipohon.
Satu lagi kertas yang diberikan pertimbangan pada hari ini ialah permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, untuk membuka subsektor pekerja asing bagi taman tema bagi memenuhi keperluan 78 taman tema di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
![Pekerja asing: Tahap pematuhan majikan sektor perkhidmatan paling rendah - Saifuddin Pekerja asing: Tahap pematuhan majikan sektor perkhidmatan paling rendah - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697626054_SaifuddinNasutionI.jpg)
Saifuddin Nasution menggesa majikan supaya memberi perhatian dalam aspek undang-undang berkait tempat tinggal, masa bekerja dan gaji pekerja asing masing-masing. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
![Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739606240_SaifuddinNasutionI.jpg)
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
![KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.
![KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.
![Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738561592_pintumasukpdrmbu.jpg)
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
![Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738559945_SaifuddinNasution.jpg)
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
![Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.
![KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737544851_SaifuddinNasution.jpg)
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.