Hampir semua pekerja asing yang diuji dalam satu kajian didapati membawa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan juga kematian, kata penyelidik.
Memetik laporan Mstar Online, penyelidik turut berpendapat penutupan sementara premis makanan yang kotor tidak mencukupi dan kerajaan perlu menangani isu sistemik itu.
Penemuan terbaharu pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang tinggi, dibawa pekerja asing yang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan.
Ahli parasitologi itu berkata sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.
Dalam dokumen, “Mikroogranisme sebagai petunjuk status kebersihan di kalangan pengendali makanan warga asing di Semenanjung Malaysia”, Dr Siti Nursheena dan pasukannya mendapati 99.5 peratus sampel yang diambil dari pekerja asing mengandungi kandungan Aerobic Plate Count (APC) melebihi piawaian yang boleh diterima.
Produk memperlihatkan APC tinggi yang luar biasa mempunyai potensi bahaya kepada kesihatan, sementara menunggu hasil pemeriksaan patogen.
APC lebih tinggi di kalangan pekerja warga India dan disusuli Nepal.
APC juga lebih tinggi di kalangan tukang masak, menurut dokumen yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik pada Oktober lepas.
Ia juga menunjukkan 64 peratus sampel pekerja mencatatkan jumlah Staphylococcus aureus melebihi tahap kebersihan yang boleh diterima manakala satu perlima menunjukkan tahap Escherichia coli (E. coli) yang tinggi.
Kebanyakan bakteria Staphylococcus tidak menyebabkan masalah serius tetapi boleh membawa maut sekiranya bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.
E.coli, kumpulan bakteria yang pelbagai boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan radang paru-paru.
“Pengendali makanan adalah sumber penularan penyakit melalui makanan di Malaysia.
“Penemuan ini menunjukkan kebarangkalian penghantaran bakteria patogen yang tinggi dari tangan pengendali makanan kepada para pelanggan semasa penyediaan makanan.
“Dan ini memerlukan penambahbaikan aspek kebersihan dan piawaian sanitasi oleh pihak berkuasa berkaitan,” kata Dr Siti Nursheena.
Sinar Harian
Sat Jun 23 2018

Sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan. -Gambar hiasan
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.
Eddie Jordan meninggal dunia akibat kanser prostat
Bekas pemilik pasukan Formula Satu, Eddie Jordan yang memberi peluang debut kepada Michael Schumacher meninggal dunia akibat kanser prostat, pada Khamis.
Lebih 700 rakyat terbunuh dalam serangan udara sejak Selasa
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa.
AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis.
Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.
Melaka tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi pelancaran sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026).
Hampir 10,000 penunggang motosikal terkorban dalam dua tahun
Sebanyak 9,973 kematian melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Pekerja asing pembawa bakteria keracunan makanan - Penyelidik
Penyelidik turut berpendapat penutupan sementara premis makanan yang kotor tidak mencukupi dan kerajaan perlu menangani isu sistemik itu.