MEMBAKUT: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin menyeru agar lebih ramai pekebun kecil menyertai Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) bagi memudahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan dihadapi pekebun berkenaan.
Beliau berkata KPSM bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pengurusan jualan bagi memastikan proses lebih tersusun dan teratur selain berperanan sebagai 'orang tengah' antara pekebun dan MPOB atau pihak kementerian.
"KPSM ditubuhkan sebagai langkah strategik kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi menjamin keterlibatan pekebun kecil dalam model ekonomi baharu yang memberi tumpuan kepada pengendalian koperasi serta industri kecil dan sederhana.
"KPSM menjalankan perniagaan yang memberi kesan langsung kepada peningkatan pendapatan ahli seperti jualan buah tandan segar (BTS) berkelompok dan pembelian input secara pukal selain boleh terbabit dalam perniagaan lain untuk memperkukuh status kewangan koperasi yang kemudian diagih sebagai dividen kepada ahli," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Timbang KPSM Kimanis Berhad di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Zuraida mengalakkan lebih banyak koperasi ditubuhkan bagi memudahkan kerajaan untuk terus memberikan bantuan dan inisiatif kepada anggota koperasi.
"Sehingga Julai 2022, sebanyak 69 KPSM ditubuhkan di seluruh negara iaitu 24 di Semenanjung, 27 di Sabah dan 18 di Sarawak. Sebanyak 66 pusat timbang KPSM telah siap dibina sepenuhnya dan telah melaksanakan jualan kelompok BTS terus ke kilang dengan jumlah sebanyak 149,241 tan.
"Di Sabah, sebanyak 25 KPSM telah menjalankan urus niaga BTS berjumlah 222,389.32 tan, sekali gus memberi manfaat kepada 2,415 pekebun kecil yang menjadi ahli," katanya.
Mengulas mengenai KPSM Kimanis Berhad, Zuraida berkata ia telah ditubuhkan pada 15 Julai 2020 dengan keahlian berjumlah 56 orang setakat Julai 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Menurut Zuraida, ia bagi memudahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan dihadapi pekebun berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KPSM digesa lebih proaktif majukan ladang sawit terbiar untuk penanaman semula - Johari
KPSM di bawah MPOB digesa memainkan peranan proaktif memajukan ladang sawit terbiar menerusi projek penanaman semula bagi meningkatkan pengeluaran komoditi utama negara itu.

Pekebun kecil digesa sertai KPSM bagi mudahkan pemantauan - Zuraida
Ia bagi memudahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan dihadapi pekebun berkenaan.