MUAR: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, di sini hari ini atas pertuduhan menyokong dan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), sejak tahun lalu.
Tertuduh Muhammad Sani Mahdi Sahar, 31, hanya mendiamkan diri sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 19 Disember 2023 lalu, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS) menggunakan aplikasi media sosial, Facebook atas nama Abu Ibrahim (dalam Bahasa Arab) yang kemudiannya ditukar ke nama "Oyen Ucuk".
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu.
Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, bapa kepada seorang anak itu didakwa memiliki barang yang terkait dengan gerakan kumpulan pengganas itu.
Barang tersebut ialah tiga gambar yang dikaburkan dengan keterangan gambar yang menyatakan individu dalam gambar tersebut berbai’ah kepada Abu Hafsah Al-Hasimi Al-Quroshi yang merupakan pemimpin IS kelima serta gambar memperingati insiden militan menawan suatu kawasan di Mozambique pada tahun 2020.
Kedua-dua kesalahan itu juga dilakukan dalam Facebook miliknya masing-masing pada 26 Mac pada pukul 8 malam dan 30 April 2024 9.16 malam lalu.
Perbuatan itu dikesan dilakukan di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafiq Hasim dan Siti Hajar Mat Radzi memohon satu tarikh baharu untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan serahan laporan forensik.
Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu diwakili Peguam Norain Sakina Zakri.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 30 Julai depan untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan serahan dokuman.
Tertuduh sebelum ini pernah didakwa sebanyak dua kali dan dijatuhkan hukuman masing-masing penjara 18 bulan pada 2016 dan enam tahun pada 2018 atas kesalahan berkaitan IS.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jun 13 2024

Tertuduh Muhammad Sani Mahdi Sahar, 31, hanya mendiamkan diri sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pekebun didakwa sokong pengganas ‘IS’, miliki barang berunsur keganasan
Seorang pekebun didakwa atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), sejak tahun lalu.