KOTA BHARU: Pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Dendang, Ketereh di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari pada Selasa.
Dalam kejadian itu, mangsa, Che Hashiam Hassan, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Kominisoner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, MPV jenis Honda Stream dinaiki dua lelaki dari arah Kok Lanas menghala ke Ketereh.
"Setibanya di Kampung Dendang MPV dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan selepas dipandu laju.
"MPV tersebut kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa melambung dan terjatuh di atas laluan utama menghala ke Ketereh.
Mohd Rosdi berkata, MPV tersebut kemudian terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan treler yang datang dari Ketereh menghala ke arah Kok Lanas.
"Akibatnya MPV itu tercampak dan tersadai di bahu kiri jalan arah ke Ketereh.
"Pemandu dan penumpang MPV itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41( (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 29 2022
Pejalan kaki maut dirempuh sebuah MPV di Kampung Dendang, Ketereh, Kota Bharu pada Selasa. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pejalan kaki maut dirempuh MPV
Dalam kejadian itu, mangsa, Che Hashiam Hassan, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.