KUALA LUMPUR: Sebuah portal berita hari ini melaporkan serbuan ke atas pejabat ahli perniagaan, Datuk Vinod Sekhar, susulan dakwaan terdapat penglibatan beliau dalam satu kes pengubahan wang haram di negara ini.
Artikel yang disiarkan portal MalaysiaNow itu menyebut - serbuan itu merupakan langkah siasatan awal terhadap kes tersebut, yang ia ditakrifkan sebagai antara kes pengubahan wang haram terbesar selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut artikel itu lagi, mereka difahamkan pegawai-pegawai dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan serbuan ke atas premis Petra Group.
“Petra Group adalah syarikat yang mengendalikan rangkaian beberapa syarikat dan organisasi, diketuai oleh Vinod yang merupakan seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kuat kepada Presiden PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
“Sumber rapat dengan siasatan tersebut memberitahu MalaysiaNow serbuan itu dijalankan kira-kira dua minggu lalu di Bangsar, susulan siasatan selama beberapa bulan berhubung dakwaan pengubahan wang dan pengelakan cukai melibatkan ratusan juta ringgit,” kata MalaysiaNow lagi.
Selain itu, MalaysiaNow turut menyebut pegawai penyiasat merampas “beberapa dokumen dan barangan” sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut, dan serbuan itu dilakukan ketika Vinod dipercayai berada di luar negara.
Pada Jun, MalaysiaNow melaporkan Vinod melalui GR Technologies, sebuah syarikat beralamat di Bangsar memperoleh bahagian terbesar kontrak bernilai bilion dolar bagi membekalkan ventilator atau alat bantuan pernafasan kepada kerajaan Hungary.
Menurut artikel itu lagi, Hungary yang membeli ventilator daripada pelbagai pembekal mencetuskan kekecohan tahun lalu ketika pandemik COVID-19 memuncak di Eropah selepas ahli politik pembangkang menyelar dan mengecam pemberian kontrak kerajaan itu, menyifatkannya sebagai tidak telus selain turut menyebabkan lebihan bekalan alatan tersebut.
“Mereka juga berkata ventilator yang dibeli oleh Hungary adalah terlalu mahal, mempersoalkan mengapa pembelian itu dibuat melalui kementerian luar negara.
“Vinod mengesahkan menerima kontrak itu namun menegaskan “semuanya mengikut landasan yang betul”, sambil menambah beliau menerima “peratusan biasa” dalam bentuk komisen,” menurut artikel itu lagi.
Selain itu, MalaysiaNow menyebut, dokumen yang mereka peroleh dari Hungary menunjukkan Budapest bersetuju untuk membayar kepada Vinod sejumlah AS$559,600,000 melalui beberapa akaun bank, yang pada masa kontrak diberikan pada Mei 2020 bernilai hampir RM2.43 bilion.
Ketika ini, Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklum balas dari unit komunikasi korporat Petra Group mengenai kandungan artikel itu, termasuk pengesahan tentang serbuan yang didakwa berlaku.
Astro AWANI juga sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara ini.
Astro Awani
Mon Nov 29 2021
MalaysiaNow takrifkan serbuan itu dilakukan berhubung satu kes pengubahan wang haram yang terbesar selepas skandal 1MDB. - Gambar hiasan
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.