Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.
Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.
"Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Bernama
Mon Jul 04 2016
Suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil. - Foto Astro AWANI
PM Thai Paetongtarn janji ubah Phuket jadi hab pelancongan mewah global
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah menyatakan visinya untuk mengubah Phuket menjadi destinasi pelancongan premium yang mampu menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.
Tiada sijil halal tapi tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
Seperti sebuah restoran di Balakong, Selangor yang diserbu pihak berkuasa, pemiliknya memberikan alasan tidak pernah tahu memaparkan simbol sedemikian adalah salah.
Perincian lanjut ikuti laporan Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.
Seperti sebuah restoran di Balakong, Selangor yang diserbu pihak berkuasa, pemiliknya memberikan alasan tidak pernah tahu memaparkan simbol sedemikian adalah salah.
Perincian lanjut ikuti laporan Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.
Pertemuan Anwar, Prabowo perkukuh lagi hubungan dua negara
Perdana Menteri percaya sinergi pertemuan dengan Prabowo Subianto akan digunakan bagi meneroka peluang baharu untuk dimanfaat demi masa depan lebih baik untuk kedua-dua negara.
Jurugambar serang dua pereka fesyen dituduh pada Jumaat
Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas pertuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan terhadap dua orang lelaki di Hotel Avante, di PETALING JAYA, pada Rabu.
Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dijilat api
Paris Hilton tidak tinggal di rumah itu secara tetap kerana ia merupakan antara hartanah miliknya, menurut laporan media berkenaan.
MOTAC anjur sesi libat urus bersama pemain industri pelacongan sempena kempen VM 2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Polis tumpaskan sindiket pengedaran dadah, rampasan bernilai RM14 juta
Bekas banduan antara lima ahli sindiket pengedaran dadah yang diberkas polis bersama pelbagai jenis dadah lebih 96 kilogram bernilai RM13.6 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru 5 Januari lalu.
Dua pengarah syarikat, pegawai agensi direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua pengarah syarikat dan seorang pegawai agensi sebuah kementerian kerana dipercayai terbabit rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
KKDW diharap beri perhatian khusus terhadap Tabika Kemas
Penambahan peruntukan dan fasiliti perlu dilakukan bagi menampung peningkatan jumlah murid setiap tahun yang dianggarkan lebih 220 ribu di seluruh negara.
Pemerkasaan teknologi tarik minat pelajar terhadap STEM
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) sedang giat mempersiapkan pelajar dengan asas yang diperlukan bagi menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pejabat JPJ Jalan Genting Kelang disamun RM754,000
Dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.