Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata beliau tidak pernah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melarang laporan skandal RM250 juta Projek Fidlot Nasional (NFC) dari dibentangkan di Parlimen.
Nur Jazlan menerangkan bahawa beliau hanya berkata laporan NFC itu telah siap dan telah dihantar kepada Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan apabila Pandikar bertanya kepada Abdul Ghani wajarkah laporan itu dibentangkan, Abdul Ghani menerangkan ia tidak wajar kerana subjudis.
“Saya tidak cakap Peguam Negara larang daripada laporan itu dibentangkan. Saya hanya cakap Peguam Negara bagi pandangan bahawa ia mungkin subjudis sekiranya dibentangkan di Parlimen.
“Jangan buat andaian dan tuduhan sebegitu,” katanya semasa satu sidang media di Parlimen hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ekoran laporan sebuah portal berita yang mengungkap kata-kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bahawa Nur Jazlan berkata laporan itu dilarang dibentangkan oleh Abdul Ghani kerana akan menjadi subjudis kepada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.
"Peguam negara memaklumkan kepada speaker Dewan untuk melarang laporan PAC berkenaan NFC dibentangkan di Parlimen," Pua diungkap berkata di dalam laporan berita itu.
Pua berkata, laporan PAC berhubung perkara itu sudah sedia untuk dibentangkan apabila PAC menyerahkan laporan berkenaan kepada Dewan Rakyat pada November tahun lalu.
"Peguam negara berkata laporan ini akan mengganggu kes mahkamah Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh yang kini berdepan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta di Mahkamah Tinggi," katanya.
Pua bagaimanapun memberi jaminan itu tidak menyentuh kes yang sedang berjalan di mahkamah.
T K Letchumy Tamboo
Thu Jun 19 2014
Saya tidak pernah kata Peguam Negara larang laporan NFC dibentang di Parlimen
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
SPR syor jumlah bahagian pilihan raya negeri Sarawak ditambah lagi 11
SPR mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.
Saya memang dihubungi SPRM kerana kes pecah amanah - Abdul Ghani
Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas untuk memberi keterangan berhubung kes berkaitan pecah amanah.