Datuk Seri Zakaria Jaffar yang bersara sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesyorkan agar Peguam Negara membentuk sebuah panel bebas berkenaan siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion.
Beliau berkata, panel tersebut adalah untuk mempertimbangkan hasil siasatan yang bakal dikemukakan oleh SPRM nanti.
"Bagi pihak Peguam Negara, dicadangkan supaya melantik satu panel yang terdiri daripada seorang dari bekas Peguam Negara, seorang bekas hakim dan seorang wakli dari Majlis Peguam untuk mengkaji hasil siasatan kes ini," kata beliau ketika berucap pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraannya di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
Kata beliau, ia penting bagi memastikan rakyat mempunyai keyakinan yang cukup tinggi dengan proses siasatan yang dijalankan.
Zakaria yang bersara selepas 33 tahun berkhidmat berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pihak yang layak untuk bertindak membuat keputusan sama ada Pendakwa Raya mempunyai kes untuk didakwa di mahkamah atau tidak.
Mengikut undang-undang negara, SPRM hanya diberi kuasa untuk menjalankan siasatan manakala keputusan bagi menentukan sama ada sesuatu kes boleh dibawa ke mahkamah atau sebaliknya terletak di tangan Pendakwa Raya.
"Perkara ini pernah dilakukan semasa bekas Peguam Negara disiasat oleh SPRM empat tahun yang lalu.
"Saya yakin Ketua Pesuruhjaya (SPRM) akan bersetuju kerana beliaulah yang telah mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kes yang melibatkan beliau dikaji oleh tiga orang hakim. Kes yang dimaksudkan juga dibentangkan dalam mesyuarat khas yang dihadiri oleh ahli-ahli lembaga dan jawatankuasa yang memantau perjalanan SPRM," kata beliau.
Selain itu, Zakaria juga mengesyorkan agar Pasukan Petugas Khas yang dibentuk sebelum ini diaktifkan semula bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan berkesan.
"Baru-baru Jabatan Peguam Negara dilaporkan berkata dalam satu kenyataan, Pasukan Petugas Khas tidak dimansuhkan atau dibubarkan. Tetapi saya difahamkan pasukan petugas ini tidak bermesyuarat sejak (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Abu Kassim (Mohamed) kembali dari luar negara mendapatkan maklumat bagi memperkukuhkan siasatan akhir Julai 2015," katanya lagi.
Abu Kassim juga hadir pada majlis hari ini.
Zakaria berkata, pengharapan rakyat adalah di SPRM dan titah Tuanku Raja-raja Melayu adalah amanah yang teramat penting mesti ditunaikan sepenuhnya.
"Saya penuh yakin Tan Sri Abu Kassim bersama (timbalannya) Datuk Seri Shukri (Abdull) serta pegawai-pegawai SPRM tidak ada mengabaikan pengharapan dan amanah ini," katanya.
Kata beliau, baru-baru ini semua pihak telah mengikuti pendirian yang dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Walaupun SPRM tidak siasat kes 1MDB, tetapi mesej yang disampaikan oleh Majlis Raja-raja Melayu juga merujuk kepada kes SRC International dan dana RM2.6 bilion, yang bersangkut paut dengan 1MDB secara langsung dan secara tidak langsung. Tuanku Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
"Selain itu, Tuanku Raja-raja Melayu juga mahu badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti SPRM menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti," ujar Zakaria.
"Bagi saya kenyataan Majlis Raja-raja Melayu ini juga satu detik bersejarah.
"Kita ada sokongan rakyat. Kita ada sokongan Majlis Raja-raja Melayu. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak mengganggu siasatan SPRM," tambahnya.
Zakaria yang mempunyai pengalaman 24 tahun dalam bidang siasatan berkata beliau yakin SPRM tidak akan menghantar kes yang sedang disiasat tanpa mendapat keterangan daripada tiga orang yang sedang dicari berhubung siasatan kes SRC International.
"Kita tidak mahu memberi justifikasi kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk menolak cadangan penguatkuasaan sekiranya kita yakin terdapat kesalahan telah dilakukan oleh orang yang disiasat, hanya atau kerana ketiadaan keterangan mereka.
"Sejarah siasatan kita seperti dalam kes Perwaja, kes Polimer dan beberapa kes yang lain menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk mendapatkan kerjasama dari luar negara walaupun mengambil masa yang lama," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan keperluan undang-undang Malaysia, semua bantuan dan kerjasama dari luar negara yang hendak dipohon oleh SPRM perlu melalui kebenaran Jabatan Peguam Negara iaitu pemohonan Mutual Legal Assistance (MLA).
"Oleh yang demikian, saya memohon Jabatan Peguam Negara dapat membantu SPRM sama seperti masa-masa lalu," kata Zakaria.
Oleh itu, katanya, beliau juga mencadangkan supaya sebelum syor siasatan kes ini dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, SPRM membentangkan penemuan dan hasil siasatan kepada pihak panel bebas yang memantau perjalanan dan kerja SPRM terlebih dahulu.
"Cadangan ini selaras dengan harapan Tuanku Raja-raja Melayu baru-baru ini, yang mahukan siasatan kes ini dijalankan dengan telus dan hasilnya dapat meyakinkan rakyat," tambah beliau.
Astro Awani
Mon Oct 12 2015

ZAKARIA: Kita ada sokongan rakyat. Kita ada sokongan Majlis Raja-raja Melayu. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak mengganggu siasatan SPRM.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.