Seorang peguam memfailkan permohonan bagi perintah deklarasi agar Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan cadangan pemindahan lima aset PKNS kepada Private Real Estate Company (PREC).
Lima aset itu ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen Shah Alam, Menara PKNS di Petaling Jaya dan Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Kamarudin Ahmad, yang memiliki firma guaman di Kompleks PKNS Shah Alam, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.
Penyataan tuntutan plaintif menyebut pada 31 Okt lepas, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim menyatakan perbadanan itu memindahkan lima aset kepada PREC bagi mempertingkat kecekapan pengurusannya.
Beliau mendakwa pemindahan itu akan menyebabkan PKNS kehilangan aset yang boleh digunakan sebagai tempat perniagaan Melayu dan Bumiputera selain menjejas peranan PKNS sebagai agensi pelaksana dasar kerajaan Persekutuan yang terkandung di bawah Seksyen 8C serta Seksyen 11(d) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 dan pindaannya.
Kamarudin turut mendakwa sehingga kini, PKNS tidak menyatakan taraf penubuhan PREC sama ada ia syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau tidak serta mampu memiliki dan menguruskan aset tersebut.
Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa cadangan Abdul Khalid dan PKNS untuk menjual atau memindahkan aset tersebut kepada PREC adalah tidak sah dan terbatal atas alasan tindakan tersebut melanggar Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.
Plaintif turut memohon perintah deklarasi bahawa jika aset itu dijual atau dipindahkan kepada PREC, jualan atau pemindahan tersebut adalah tidak sah dan terbatal dan aset berkenaan akan dipulangkan semula kepada PKNS, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Tue Nov 06 2012

Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.

Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b

APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.

Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.

29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.

RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.

AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.