PUTRAJAYA: Seorang peguam gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara, menolak permohonan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk mendapatkan kebenaran merayu selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.
"Mahkamah sebelum ini telah membuat dapatan fakta bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan mengikut Perlembagaan. Kami bersetuju bahawa soalan yang dicadangkan oleh pemohon (Mohd Khairul) tidak memenuhi keperluan ambang di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
"Isu ketidakwajaran telah diselesaikan dan tiada sebab untuk meninggalkan duluan undang-undang sedia ada," kata Ketua Hakim Negara ketika menyampaikan keputusan hari ini melalui prosiding dalam talian.
Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.
Atas nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tengku Maimun berkata, mahkamah tertinggi itu mendapati tiada asas untuk mencadangkan sebarang salah nyata dalam nasihat yang ditawarkan.
Beliau berkata, dalam isu sabitan, mahkamah mendapati dokumen pengampunan itu tidak merujuk kepada fakta bahawa sabitan itu diketepikan.
"Tidak timbul soal kuasa mahkamah dirampas. Akhirnya kita dapati perkara itu telah menjadi akademik. Oleh itu, kedua-dua permohonan ditolak tanpa perintah mengenai kos," katanya.
Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mohd Khairul, J. Leela mewakili Perdana Menteri dan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan bertindak bagi Lembaga Pengampunan.
Pada 21 Sept 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka oleh Mohd Khairul.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong berpendapat, Mohd Khairul tidak berhak untuk mempersoalkan pengampunan dan nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pemberian pengampunan kepada Anwar.
Pada 21 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula itu.
Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula itu pada 26 Feb 2020, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar sebagai responden, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara susulan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Peguam itu mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya, pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara, menolak permohonan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk mendapatkan kebenaran merayu selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik. - Gambar BERNAMA
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi
Persiapan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai depan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
[KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka
Kerajaan Malaysia secara konsisten dan lantang menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi
Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Tan serta keluarga.
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mematuhi etika berpakaian pada sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.
Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM
Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95.