Sejumlah 436 pegawai dan staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mendapat pentauliahan atas kemahiran mereka di bidang pengangkutan awam dalam Majlis Konvokesyen Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) 2016, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sejumlah 29 daripada mereka menerima Anugerah Pencapaian (Achievement of Recognition) daripada badan antarabangsa, Institute of Supply Chain Management (ISM) manakala 377 yang lain menerima diploma lanjutan, diploma dan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia, menurut satu kenyataan media Prasarana hari ini.
Pemimpin dalam sektor rangkaian pembekalan dan memiliki lebih 48,000 anggota aktif di seluruh dunia, ISM adalah organisasi global yang bekerja untuk meningkatkan lagi amalan perolehan dan pengurusan bekalan.
Buat julung-julung kali dalam sejarah, Prasarana telah menggabungkan majlis konvokesyen graduan dua anak syarikatnya - Rapid Bus Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd, yang masing-masing lulus dalam pelbagai program latihan dengan Akademi Bas dan Akademi Rel.
Lulusan daripada Akademi Bas adalah untuk kursus-kursus Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Koordinasi Pengurusan Acara dan Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia.
Sementara itu, graduan daripada Akademi Rel pula adalah untuk Pemandu Tren, Operasi Stesen, Operasi Tren, Pengurusan Kualiti Tren, Penyelenggaraan Tren, Sistem Elektrik Tren, Pengurusan Isyarat dan Komunikasi, Penyelenggaraan Tren Elektrik dan Pengurusan Operasi Tren.
Saling melengkapi
Dalam perutusannya kepada graduan, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata staf Rapid Bus dan Rapid Rail perlu sentiasa berganding bahu dan bekerja erat kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
“Seperti abang dan adik dalam satu keluarga, Rapid Bus dan Rapid Rail bergerak beriringan bersama-sama dengan Prasarana dalam meningkatkan kualiti, memertabatkan imej dan memperkasakan status pengangkutan awam negara,” katanya.
Tan Sri Ismail juga berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel perlu terus mengorak langkah dan membanyakkan tenaga mahir dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
“Dengan jumlah penduduk Malaysia dijangka terus meningkat khususnya untuk Lembah Klang, skop pengangkutan awam darat perlu diluaskan dari segi bilangan dan juga liputan kawasan. Malaysia akan memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk bidang ini,” tambah beliau.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz pula berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel akan meneruskan kerja cemerlang mereka demi kelangsungan projek-projek yang dikendalikan oleh Prasarana.
“Sandaran Prasarana kepada Akademi Bas dan Akademi Rel kini semakin kuat dengan operasi yang lebih meluas. Pelancaran perkhidmatan bas Rapid Kamunting pada 3 Mac ini dan pembukaan penuh Penyambungan Jajaran LRT tidak lama lagi menuntut kita melahirkan lebih ramai pekerja mahir,” tambah beliau.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Feb 18 2016

Majlis Konvokesyen Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) 2016 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada Khamis. - Foto Astro AWANI.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pegawai, staf Prasarana ditauliah atas kemahiran bidang pengangkutan awam
Pertama kali dalam sejarah, Prasarana menggabungkan majlis konvokesyen graduan dua anak syarikatnya - Rapid Bus Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd.