BUTTERWORTH: Seorang pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan bersubahat dengan dua individu untuk menipu berhubung pembekalan peralatan perubatan.
Megat Mohammad Fakhri Kamaruzaman, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Megat Mohammad Fakhri didakwa bersubahat dengan pemilik perniagaan Sri Persada Megah Enteprise untuk menipu petugas Pusat Rehabilitasi Perkeso Sdn Bhd kerana dengan sengaja memperakui pembayaran kepada Sri Persada Megah untuk pembekalan dan pemasangan peralatan perubatan bagi Jabatan Ortopedik, HSJ berjumlah RM11,880.
Tertuduh juga didakwa bersubahat dengan pemilik perniagaan Perintis Medfix Enteprise untuk menipu syarikat Protechhealth Corporation Sdn Bhd bagi pembekalan implant 'Total hip Arthoplasty' bagi Jabatan Ortopedik HSJ berjumlah RM4,995.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Ortopedik, HSJ antara 17 Julai 2020 hingga 10 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Megat Mohammad Fakhri diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menghampiri saksi, dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali sehingga kes selesai.
Zulhazmi menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Azlan Basri manakala Megat Mohammad Fakhri diwakili peguam Muhaimin Hashim dan M.Puveneswaran.
Sementara itu, dalam kes lain, pemilik syarikat Sol N Sons Sdn Bhd, K.Surinderan, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen yang bernilai RM4,950.
Surinderan didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuh Sungai Pinang, Jelutong dekat sini pada 10 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Zulhazmi membenarkan Surinderan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh diarah melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan 25 Nov ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Abd Muntaqim Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran dan Audrey Wee.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022

Seorang pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen disini atas lima pertuduhan bersubahat dengan dua individu untuk menipu berhubung pembekalan peralatan perubatan. - Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Berkelakuan tidak senonoh: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun berkenaan tamat hari ini.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

Pemandu rempuh pasar Krismas di Jerman, dua maut
Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera.

3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap - KKM
Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap.

SPRM tahan 32 individu termasuk doktor pakar di Pulau Pinang
Antara mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.

Pegawai perubatan 'on call' dijangka terima berita gembira pada Belanjawan 2025 - Dzulkefly
Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau 'on-call' tidak lama lagi.

Remaja menyamar pegawai perubatan pernah jalani rawatan psikiatri, tidak hadir rawatan susulan
Remaja tersebut menerima rawatan pada Mac lepas namun dia tidak meneruskan rawatan susulan yang perlu dihadirinya.

Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis
Remaja perempuan berusia 14 yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis.

Cuti bersalin 60 hari pegawai perubatan Hulu Langat dipersetujui ketua klinik - JKNS
Keputusan itu ambil kira tujuh pegawai perubatan telah cuti bersalin secara serentak di beberapa klinik kesihatan sepanjang Jun dan Julai lepas.