Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.
Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.
Portal itu turut melaporkan seorang sumber yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, beberapa pihak memasukkan wang ke akaun Jabatan Insolvensi untuk menyelesaikan masalah hutang pegawai tersebut yang diisytihar muflis kira-kira empat tahun lalu.
“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.
Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.
Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik sebagai menteri pertahanan dan mengangkat sumpah pada 23 Mei bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.
Astro Awani
Tue Aug 14 2018
![Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534165008_SPRM.jpg)
SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu dan sepuluh individu lain untuk membantu siasatan. - Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Bapa Larry Sng diisytihar muflis Bapa Larry Sng diisytihar muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618620640_SngCheeHua.jpg)
Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
![Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534165008_SPRM.jpg)
Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan siasatan terhadap pegawai tersebut.
![Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71465802587_AzalinaOthman.jpg)
Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina
Kajian terhadap akta itu telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.
![Ubah tanggapan Jabatan Insolvensi sebabkan kemuflisan - Nancy Shukri Ubah tanggapan Jabatan Insolvensi sebabkan kemuflisan - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/41417143124_295x200.jpg)
Ubah tanggapan Jabatan Insolvensi sebabkan kemuflisan - Nancy Shukri
Nancy Shukri berkata Jabatan Insolvensi memainkan peranan penting dalam membantu pihak tersebut keluar daripada status muflis.
![Calon BN N.Sembilan disaring agensi tertentu untuk PRU-13 Calon BN N.Sembilan disaring agensi tertentu untuk PRU-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61364218591_295x200.jpg)
Calon BN N.Sembilan disaring agensi tertentu untuk PRU-13
Senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sedang disaring agensi tertentu.