SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Mohammad Zyed Ibrahim, 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan hampir sejam di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang bertugas sebagai Penguasa Kastam di JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati secara rasuah memperoleh untuknya wang keseluruhan berjumlah RM69,350 daripada pemilik sebuah syarikat melalui pemindahan dalam talian daripada akaun syarikat itu ke dalam akaun miliknya.
Ia sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik syarikat itu yang membawa keluar barang daripada Kargo KLIA, dengan perbuatan terbabit dilakukan di sebuah bank di Nilai antara 16 Sept 2017 hingga 16 Jan 2022.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Nur Atiqah Mohamad Alias dan Mohd Afif Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Aizat Fakri.
Terdahulu, Muhammad Asraf membantah mahkamah menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh merupakan pegawai kastam yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal pintu masuk negara daripada dibolosi.
"Mahkamah perlu ambil kira tanggungjawab tertuduh dan tindakannya menerima suapan ialah pengkhianatan selain memberi imej dan persepsi negatif kepada JKDM, manakala hukuman dinyatakan jelas menunjukkan rasuah ialah kesalahan serius," katanya.
Muhamad Asraf berkata tertuduh juga berisiko untuk melarikan diri pada masa akan datang kerana berdasarkan rekod, mereka terpaksa mengambil masa selama 65 hari untuk mengesannya termasuk pencarian melalui media sebelum ditahan di rumah ibunya di Bintulu, Sarawak pada 7 Mei lepas.
Muhamad Aizat kemudian memohon mahkamah menetapkan wang jaminan berpatutan dikenakan mengambil kira anak guamnya yang merupakan bapa tunggal kepada anak berusia lima tahun dan perlu menanggung ibu berusia 66 tahun dan abang yang mempunyai masalah mental.
"Tertuduh berasal dari Bintulu dan tidak melarikan diri ke sana, malah menggalas tanggungjawab menjaga keluarga selain memberi kerjasama kepada SPRM," katanya.
Hakim Meor Sulaiman kemudian menerima hujahan pihak pendakwaan atas risiko tertuduh melarikan diri dan tidak membenarkan sebarang wang jaminan, selain menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Mohammad Zyed membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan hampir sejam di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. - Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.