KUANTAN: Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,600 pada 2019 hingga awal tahun ini.
Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Mohd Azhar Mohd Yusoff, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh dua jurubahasa selama hampir sejam di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Dia didakwa menerima wang antara RM100 dan RM5,600 yang dipindahkan secara dalam talian ke akaun miliknya daripada beberapa individu serta syarikat dan mempunyai hubungan dengan tugas rasminya termasuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja asing dan premis perniagaan beroperasi lebih masa.
Mohd Azhar didakwa melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh antara Mac 2019 hingga Januari 2023 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia juga mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Feisal Mohd Azmi, Rasyidah Murni Azmi dan Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Bob S Arumugam serta Najib Zakaria.
Ahmad Feisal menawarkan jaminan RM40,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Arumugam pula merayu jaminan dikurangkan kerana tertuduh, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, tidak pernah berdepan sebarang tindakan tatatertib manakala isterinya baru menjalani pembedahan dan Mohd Azhar akur untuk menghadiri prosiding mahkamah seperti ditetapkan selepas ini.
Ahmad Zamzani kemudian membenarkan Mohd Azhar diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan yang dimohon pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 15 Nov depan untuk serahan dokumen dan pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,600 pada 2019 hingga awal tahun ini. - Gambar hiasan
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kanan polis didakwa ugut kontraktor, hantar gambar pembunuhan kejam
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut dua individu.
Pegawai kanan polis didakwa langgar pelajar mohon dibebaskan dengan jaminan
Permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah sudah ditukarkan ke jabatan lain - Ketua Polis KL
Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara telah ditukarkan ke jabatan lain sementara menunggu laporan penuh siasatan SPRM.
JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
Caprice beri keterangan kes video tular pelajar maut dilanggar pegawai kanan polis
Caprice selesai memberi keterangan dipercayai berhubung tindakannya memuat naik video reaksi berkaitan insiden seorang pelajar sekolah maut dilanggar kenderaan dipandu pegawai polis.
MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.