IPOH: Seorang pegawai bomba cedera manakala isterinya parah apabila kenderaan jenis Proton Persona yang dipandunya merempuh bahagian bucu belakang lori sampah yang diparkir di tepi jalan, berdekatan Taman Chepor Impian di sini.
Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 1.30 tengah hari itu turut membabitkan dua orang kanak-kanak lelaki, yang merupakan anak pasangan tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan kejadian itu pada jam 1.33 tengah hari.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona telah berlanggar bahagian belakang lori sampah yang diparkir di tepi jalan.
"Mangsa yang terbabit iaitu pemandu kereta, Taufik Asyarun Zainuddin merupakan pegawai kanan bomba dari bahagian Keselamatan Kebakaran di ibu pejabat JBPM Perak (Meru).
"Pemandu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an cedera di bahagian kaki, isterinya yang duduk di bahagian penumpang cedera parah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri. Dua orang kanak-kanak lelaki pula cedera di kaki," katanya pada Ahad.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang kelengkapan sempena perayaan.
Katanya lagi, anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dan membuat rawatan awal, seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Difahamkan kesemua mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.
Operasi yang diketuai oleh PPgB Sharudi Mohd Halil itu tamat pada jam 2.29 petang.
Aida Aziz
Sun Apr 17 2022
Seorang pegawai bomba cedera manakala isterinya parah apabila kenderaan jenis Proton Persona yang dipandunya merempuh bahagian bucu belakang lori sampah yang diparkir di tepi jalan. - Foto ihsan JBPM Perak
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas
Seorang pegawai bomba cedera selepas terjatuh dalam air bercampur minyak panas ketika operasi memadam kebakaran di Kuantan.
Pegawai bomba cedera, isteri parah kereta rempuh belakang lori sampah
Seorang pegawai bomba cedera manakala isterinya parah apabila kenderaan jenis Proton Persona yang dipandunya merempuh bahagian bucu belakang lori sampah yang diparkir di tepi jalan.
Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong
Mangsa Anuar Harun, Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon Daerah Petaling, maut di tempat kejadian selepas skuter ditunggangnya bergesel dengan lori terbabit.
Pegawai bomba berbasikal secara solo sejauh 2,020 km kumpul dana
seorang pegawai bomba memanfaatkan kudratnya mengayuh sejauh 2,020 kilometer secara solo bagi mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.
Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Inkues Adib: Saksi rayu hospital beri rawatan
R. Naresh terpaksa merayu pada pihak hospital untuk merawat Muhammad Adib
Inkues Adib: Kesan tapak kasut di rusuk kanan Adib - Saksi
Saksi kesembilan nampak kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan Allahyarham Adib pada malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November lalu.
11,840 anggota, pegawai bomba dibeku cuti sempena Aidilfitri
Pembekuan cuti sejumlah besar kakitangannya adalah perkara biasa dilakukan setiap musim perayaan supaya anggota dan pegawai bomba bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan.