KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

"PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan daripada semua aspek," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Ancaman Israel: PDRM bersama agensi-agensi keselamatan tingkatkan kawalan

Beliau berkata PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sehubungan itu, Acryl Sani menasihati orang ramai agar bertenang.

Semalam, tular di media sosial mengenai pergerakan perisikan Israel yang didakwa akan menghapuskan pemimpin pejuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

-- BERNAMA