Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ulama radikal Indonesia itu dibebaskan oleh kerajaan Indonesia.
Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ini adalah kerana di Malaysia juga terdapat elemen kegiatan Jemaah Islamiah (JI).
"Pemantauan Abu Bakar Bashir akan dibuat bagi memastikan dia tidak terlibat dalam usaha merekrut atau menghidupkan kembali perjuangan lampaunya berkaitan dengan JI.
"Kes JI di negara ini mempunyai kaitan dengan kegiatan beliau sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas, pemakaian pangkat pegawai kanan polis dan penganugerahan pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman akan berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia agar pembebasan Abu Bakar tidak menimbulkan masalah keselamatan baharu.
Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah bersetuju untuk melepaskan Abu Bakar yang berusia 80 tahun atas alasan kemanusiaan.
Namun, Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Wiranto, dalam sidang akhbar tergempar beberapa hari selepas itu, berkata Jokowi telah meminta beliau untuk menyelaraskan kajian terhadap semua aspek pelepasan yang dirancang.
Abu Bakar, dalang insiden pengeboman kelab malam di Bali pada tahun 2002 dan pelampau di Indonesia, dijatuhi hukuman 15 tahun penjara pada tahun 2011 kerana membantu mendirikan sebuah kem latihan gaya tentera di Aceh untuk kumpulan militan.
Astro Awani
Tue Jan 29 2019
![PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61460817844_AbuBakarBashir.jpg)
Abu Bakar (gambar) merupakan dalang insiden pengeboman kelab malam di Kuta, Bali pada tahun 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing. - AP
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610076324_AbuBakarBashir.jpg)
Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.
![Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/61460817844_AbuBakarBashir.jpg)
Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini
Pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah yang juga perancang pengebom di Bali pada 2002 hanya menjalani separuh daripada hukuman penjara ke atasnya.
![PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61460817844_AbuBakarBashir.jpg)
PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia jika ulama radikal Indonesia itu dibebaskan oleh kerajaan Indonesia.
![Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61460817844_AbuBakarBashir.jpg)
Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir
Indonesia mengkaji keputusan presiden untuk membebaskan ulama radikal Abu Bakar Bashir berikutan kritikan domestik dan antarabangsa.
![Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547809227_abubakarbashir.jpg)
Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan
Guru agama radikal Abu Bakar Bashir, 80, dijangka dibebaskan dengan pelepasan parol iaitu pembebasan bersyarat dalam masa beberapa hari lagi.
![Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468071164_RumahTerbukaTPM.jpg)
Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM
Lebih 300 pengikut bekas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar Bashir, yang sebelum ini dihukum kerana terlibat dengan kegiatan keganasan, akan dibebaskan daripada penjara sekitar Indonesia.
![PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387093804_295x200.jpg)
PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid
PDRM telah diarah menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.