Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil data untuk memantau pegawai dan anggotanya yang mengalami masalah obesiti mulai tahun depan bagi mencapai sasaran misi 'Rapi dan Cergas' menjelang 2018.
Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti 10,000 pegawai serta anggota yang berdepan masalah berat badan dan berharap menjelang 2018, sebanyak 90 peratus daripada pasukan itu akan cergas.
"Kami mahu pegawai serta anggota yang aktif dan jika mereka gagal mencapai sasaran yang diberikan, ia akan memberi kesan kepada karier mereka dalam pasukan," katanya pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat PDRM di sini hari ini.
Beliau juga menggesa semua pegawai dan anggota untuk mengurangkan berat badan mulai sekarang atau mencapai berat badan yang sesuai bagi memenuhi sasaran yang diberikan.
Mulai 1 Jan 2018, PDRM akan menguatkuasakan syarat kepada pegawai dan anggota mereka untuk lulus ujian kecergasan sebelum dinaikkan pangkat atau disahkan jawatan.
Zulkifli berkata semua pegawai akan menjalani Penilaian Kelayakan Keupayaan Fizikal yang telah diguna pakai oleh pasukan polis seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata daripada 130,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara, kurang daripada satu peratus berdepan masalah disiplin.
"Kami mengakui ada peratusan kecil yang mempunyai masalah disiplin dan tidak bertolak ansur dalam soal ini. Kami telus dalam proses ini," katanya.
Menurutnya mulai 2015, pengurusan PDRM mempunyai dasar pemisah untuk mereka yang gagal menjalankan tugas seperti diharapkan.
"Kami sudah mengenal pasti kira-kira 200 pegawai serta anggota dan memberi mereka peluang meningkatkan diri. Jika masih gagal mencapai tahap yang diharapkan, mereka akan bersara lebih awal," katanya.
Terdahulu, kira-kira 3,000 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit dan negeri berkumpul di Taman Botanikal, di sini untuk sambutan HSN.
Ini adalah kali pertama PDRM menganjurkan aktiviti itu di luar Kuala Lumpur dan orang ramai berpeluang melihat aset pasukan seperti kuda, helikopter dan motosikal berkuasa tinggi yang digunakan polis bagi membanteras jenayah. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2016

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah (tengah) bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab (kiri) melakukan senamtari pada sambutan Hari Sukan Negara hari ini. - Foto Bernama

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.

PDRM pantau pegawai, anggota obes
PDRM telah mengenal pasti 10,000 pegawai serta anggota yang berdepan masalah berat badan dan berharap menjelang 2018, sebanyak 90 peratus daripada pasukan itu akan cergas.