KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggempur Pasar Harian Selayang dalam Operasi Khas Op Taring II, awal pagi ini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, operasi bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar pasar tersebut, terutamanya melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Operasi yang dijalankan pada jam 3 pagi itu melibatkan 465 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa.
"Pemeriksaan dilakukan ke atas 213 warga asing dan seramai 108 daripadanya merupakan PATI yang telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Warga Indonesia paling ramai ditahan melibatkan 52 orang, diikuti Myanmar (35), India (12), Bangladesh (tujuh), manakala Nepal dan Pakistan masing-masing satu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Allaudeen berkata, kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menetap lebih masa.
Menurutnya, pihak polis yang dibantu jabatan dan agensi kerajaan lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini pada masa akan datang.
"Justeru, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada polis," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sat Jan 27 2024
Dalam Op Taring II di Pasar Harian Selayang awal pagi ini, pemeriksaan dilakukan ke atas 213 warga asing dan seramai 108 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan. - Foto PDRM
Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai - Tunku Ismail
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Lunaskan sebelum tahun berakhir, pelbagai ganjaran menanti
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - MAIWP laksana Kempen Year End Zakat (YEZ) 2024 melalui pelbagai perkhidmatan dan saluran pembayaran bagi memudahkan orang ramai.
Dialog Anak Muda: Soal ekonomi gaji 2025: Bukan pasal ‘old money’
Apa yang menjadi kebimbangan anak muda untuk tahun 2025? Adakah nasib mereka akan berubah? Diskusi #Andalan2025 dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.
Kotak hitam kedua pesawat Embraer 190 ditemui di lokasi kejadian
Menurut seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Kazakhstan pada Khamis, kotak hitam tersebut sudah diserahkan kepada jabatan siasatan.
Ahli Parlimen kepung podium, bantah keputusan pecat Han Duck Soo
Usul yang diketuai oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) diluluskan dengan 192 daripada 300 undi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.
Kerajaan Belgium haramkan penjualan vape bermula Januari
Belgium muncul sebagai negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang mengumumkan akan mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) pakai buang berkuatkuasa Januari depan.
6,611 projek pembangunan hampir RM1 bilion dilaksana tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 6,611 projek bernilai hampir RM1 bilion sepanjang 2024.
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
PDRM, JIM, APM gempur Pasar Selayang, tahan 108 PATI
Operasi itu bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar Pasar Harian Selayang terutamanya melibatkan PATI.
Caj parkir RM1 sejam di Pasar Harian Selayang bebankan peniaga
Caj parkir RM1 bagi tempoh sejam dianggap tidak munasabah dan membebankan terutama peniaga yang perlu menyediakan kos RM8 setiap hari bagi tujuan tersebut.
Pasar borong: Peniaga sewa premis kepada warga asing berdepan tindakan
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil dengan menamatkan serta-merta lesen premis perniagaan mereka dan disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan baharu.
Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun - Annuar
Peniaga di Pasar Harian Selayang, akan diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka.