KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan akan menyemak dakwaan bapa kepada Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang ditemukan tragis dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, 14 tahun lalu.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil mendakwa, berdasarkan pengecaman fizikal terhadap mayat berkenaan, kanak-kanak berkenaan mempunyai ciri-ciri berlainan yang menguatkan pendiriannya bahawa dia bukan anaknya yang hilang ketika berusia lapan tahun.
Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan bapa mangsa termasuk jika ada sebarang maklumat baharu yang mengaitkan kepada pembunuhan kanak-kanak itu.
Beliau menjelaskan, siasatan polis akan bermula sebaik sahaja kertas siasatan dibuka kemudian mengumpul keterangan dan bahan bukti sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk proses selanjutnya.
"Bagaimanapun, kita akan semak dakwaan yang dibuat bapa mangsa, kalau ada maklumat baharu juga kita akan siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menjelaskan, penubuhan jawatankuasa khas bukan di bawah bidang kuasa polis.
Sebaliknya, beliau berkata, ia diputuskan di peringkat lebih tinggi seperti Parlimen.
"Ia (jawatankuasa khas) bukan di bawah bidang kuasa polis, kita hanya membantu jika jawatankuasa itu ditubuhkan," katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai laporan pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang didakwa juga dipertikai berikutan keputusannya diperoleh terlalu cepat, beliau memberitahu, laporan itu disediakan oleh pakar perubatan dan bukannya polis.
Justeru itu, Jazimin mahu kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes anaknya itu.
Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.
Dia yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.
Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.
Mayat kanak-kanak itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai sebelum diadukan pada polis.
Polis kemudian berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan polis untuk mengecam wajah suspek.
Umavathi Ramayah
Wed Oct 27 2021
![PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635322990_NURINJAZLIN.jpg)
Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan bapa mangsa termasuk jika ada sebarang maklumat baharu yang mengaitkan kepada pembunuhan kanak-kanak itu. - Gambar media sosial
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325859_MADANI.jpg)
Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.
![Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694665649_nurin.jpg)
Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
![Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635322990_NURINJAZLIN.jpg)
Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon
Kes pembunuhan kejam melibatkan Nurin Jazlin terdapat beberapa perkara yang tidak dapat didedahkan umum berikutan perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
![Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan - Pakar forensik Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan - Pakar forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635322990_NURINJAZLIN.jpg)
Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan - Pakar forensik
Penggunaan bank data sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berkemungkinan dapat membantu untuk mengesan suspek kes pembunuhan termasuk kanak-kanak Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.
![Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/81522714601_MusaHassan.jpg)
Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin
Jangan persoalkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.
![PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635322990_NURINJAZLIN.jpg)
PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis
Polis beri jaminan akan semak dakwaan bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang ditemukan tragis dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, 14 tahun lalu.