KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit 2023) kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu, semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan itu setelah mengambil keterangan daripada 36 individu melibatkan penganjur dan peserta program yang terlibat.
Beliau berkata buat masa ini, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada PPN dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 14 Akta Hasutan Kesalahan Kecil 1955.
"Kertas siasatan sudah dihantar dan dirujuk kepada PPN semalam. Kita tunggu arahan untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, Rohaimi berkata pihaknya telah menerima lima laporan polis berhubung program perarakan itu yang didakwa mengganggu ketenteraman orang ramai dan menjejaskan keharmonian antara kaum.
Program HIMPIT 2023 anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) Jumaat lepas di Setiu mencetuskan polemik apabila peserta berarak sambil membawa replika senjata seperti pedang dan lembing.
Namun, Ketua DPPNT Mohd Harun Isa dilapor menjelaskan bahawa peserta hanya mengikut tema perarakan dan ia sama seperti pertandingan pakaian beragam dianjurkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Program Himpit 2023 anjuran Dewan Pemuda Pas Terengganu (DPPNT) Jumaat lepas di Setiu mencetuskan polemik apabila peserta berarak sambil membawa replika senjata seperti pedang dan lembing. - Gambar/ FB Faizal Rahman
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PDRM hantar kertas siasatan Himpit 2023 ke PPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit 2023) kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu, semalam.
Pemuda Pas Terengganu sedia beri kerjasama siasatan perarakan bawa replika senjata
Pemuda Pas Terengganu bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa menyiasat program Himpit 2023.