KUALA LUMPUR:Sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu pilihan, namun pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, ia menjadi satu keperluan.
Persoalannya, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan perlu menyediakan alat bantuan pembelajaran secara serentak.
Jurukamera Astro AWANI, Sallehin Hussain berkata, bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun bagi dirinya, dengan hanya memiliki satu komputer riba, enam anaknya yang berusia enam hingga 13 tahun terpaksa berebut sesama sendiri apabila sesi pembelajaran dilakukan secara serentak.
"Komputer riba hanya ada satu, jadi, agak kelam-kabut. Saya dan isteri perlu duduk semeja dengan anak sulung yang sekolah menengah pada hari orientasi persekolahan.
"Pada masa sama, saya perlu pantau anak kedua, ketiga dan keempat, kerana mereka ada sesi orientasi dan sesi pengenalan dengan ibu bapa dan macam-macam lagi," jelasnya.
BACA: PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Selain berdepan masalah capaian internet yang lemah, Sallehin juga terpaksa membuat keputusan untuk mendahulukan kelas-kelas yang mempunyai interaktif dua hala.
"Mungkin ada ibu bapa yang senasib dengan saya, dan mungkin ada yang lebih teruk. Kalau anak tak ramai, mungkin kurang sedikit kelam kabutnya, masih boleh diuruskan.
"Bagi situasi saya, mungkin agak kelam-kabut kerana anak yang ramai. Kalau saya tak bekerja, saya berikan telefon pintar saya untuk digunakan oleh anak.
"Pun begitu, penggunaan telefon bimbit ada kekangannya sendiri kerana power point yang dikongsi guru tidak begitu jelas, memandangkan paparan skrin terlalu kecil," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Justeru, Sallehin meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti semula pelan pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) ini bagi mengelakkan mana-mana pelajar tercicir dalam proses tersebut.
Katanya, adalah sesuatu yang sukar dan tidak releven bagi keluarga yang sederhana atau kurang mampu untuk menyediakan setiap anak dengan sebuah komputer riba.
BACA: Kolaborasi semua pihak pastikan kelancaran PdPR
BACA: Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Astro Awani
Sun Jan 24 2021

Sallehin berkata, bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. - Astro AWANI

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

PdPR: Bapa kelam kabut, enam anak terpaksa kongsi satu komputer riba
Dengan hanya memiliki satu komputer riba, enam anaknya yang berusia enam hingga 13 tahun terpaksa berebut sesama sendiri apabila sesi pembelajaran dilakukan secara serentak.