Kumpulan perundangan Kerajaan Negeri Sarawak tidak gentar dengan penundaan tarikh semakan semula status Petronas berhubung Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia, yang bakal didengar di Mahkamah pada 21 Jun ini.
Semakan oleh Petronas dijadualkan pada 12 Jun lalu di Istana Keadilan Putrajaya, namun tarikh itu ditunda ke tarikh baharu (21 Jun) atas permohonan Pejabat Peguam Negara bagi mengkaji secara terperinci mengenai keterlibatan Kerajaan Persekutuan.
Menteri Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kumpulan itu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan tarikh 21 Jun ini.
“Peguam Besar Negeri bersama pasukan telah lama bersedia. Kita realistik dengan keadaan ini malah tarikh baharu bukan satu isu membebankan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang itu, kumpulan Peguam Negeri membuat kajian teliti untuk sebarang kemungkinan.
"Malah kami yakin dengan kredibiliti pasukan sedia ada," katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di sini hari ini.
Katanya, dengan pengukuhan fakta pasukan guaman, beliau berharap Mahkamah Persekutuan akan menolak permohonan semakan Petronas.
“Kita berserah kepada untuk melihat dan menilai kajian perundangan yang kita lakukan,”katanya.
Petronas sebelum ini membuat permohonan usul di Mahkamah Persekutuan berhubung kedudukan eksklusifnya dalam pengisytiharan mengenai PDA, susulan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengguna pakai Ordinan Perlombongan Minyak 1958 serta mengguna pakai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak kepada negeri itu dari aspek perlombongan minyak.
Petronas turut memberi jaminan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri terlibat aktif dalam industri minyak dan gas, biar apa pun jua keputusan mahkamah.
Semakan berkenaan bagaimanapun, diyakini tidak akan menggugat kerjasama kedua-dua pihak, yang bukan sahaja melaksanakan projek MLNG atau gas cecair asli, malah menjayakan Projek Loji Methanol di Bintulu secara bersama.
Rohana Wahed
Sun Jun 17 2018
![PDA 1974: Pasukan perundangan Sarawak tidak gentar berdepan 21 Jun - Sharifah Hasidah PDA 1974: Pasukan perundangan Sarawak tidak gentar berdepan 21 Jun - Sharifah Hasidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71462094137_SharifahHasidah.jpg)
Sharifah Hasidah (kanan) berkata pasukan perundangan Negeri tidak gentar berdepan 21 Jun ini. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
![[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara [BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733126_DzaiddinAbdullah.jpg)
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
![Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720713348_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.
![Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/41543425510_SuamiPengasuh.jpg)
Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.
![Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688100556_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan